Kisah sepupu

Thread mengenai cerita hantu atau seram.

2018.05.12 21:15 wawan_ Thread mengenai cerita hantu atau seram.

Dah lama kita tak ada thread mengenai ini dan saya rasa rindu untuk membaca kisah kisah seram korang. korang bebas lah sikit dengan cerita korang, cerita seram tak semestinya mengenai hantu je, saya pun nak tahu tentang cerita seram mengenai orang pelik yang korang pernah jumpa atau penjenyah yang nak cuba aniaya korang.
Ok, ini kisah saya. kisah ini berlaku waktu saya kecik lagi semasa ada Tanah runtuh beredekatan rumah saya.
saya ingat lagi sewaktu Tanah runtuh tu berlaku, saya dan keluarga saya semua kena keluar dari rumah dan jalan turun ke rumah makcik saya kat bawah bukit tu sebab jalan kena timbus dengan Tanah runtuh tu. aku kena lah tidur kat rumah makcik aku. taktau kenapa tapi waktu aku tidur kat sana, aku dapat mimpi pelik. ia bermula dengan keluarga aku pergi ikut ejen hartanah ini utk membeli suatu rumah pada waktu malam yang gelap, tak tau lah tapi rumah tu Nampak macam rumah lama saya kat depan tapi campur dengan rumah sepupu saya bila kat dapur belakang. Benda ni serupa dengan waktu keluarga saya sama sama cari rumah baru utk dibeli. ejen hartanah tu pergi bukak pintu laman/belakang rumah tu pastu ada beberapa anjing hitam pegi menyalak kat dia menerusi pintu pagar antara anjing tu dan ejen hartanah tu. ejen tu pergi "shooh" kat anjing tu untuk menghalau anjing anjing hitam tu, pastu dia pergi bukak pintu pagar tu lepastu saya dan keluarga saya sama sama jalan keluar untuk ke lorong belakang rumah tu.
Tapi yang peliknya, lorong belakang tu Nampak macam lorong belakang rumah makcik yang sama dengan rumah makcik saya tengah tidur dalm cuma yang peliknya kami keluar menerusi rumah yang bertentangan dengan rumah makcik saya dan rumah tu adalah rumah kawan saya yang saya belum kenal lagi waktu tu. kami semua terus berjalan dengan perlahan bagaikan kami semua kena santau pastu kami keluar menerusi jalan besar yang dipayungi oleh pokok pokok besar (jalan yang sama dekat rumah makcik aku) kat pokok tu ada burung hantu putih besar yang berjengket keatas dan kebawah tanpa melepaskan genggaman kakinya daripada ranting pokok. yang peliknya burung tu Nampak macam gambar 2D dan tidak mengikut cahaya disekitarnya yang gelap. jadi rupa dorang macam gambar yang terang dan asyik memandam saya dari atas.
Mimpi tu memainkan peranan yang penting sebab mimpi tu ada benda burung hantu tu.
Saya tak kisahkan sangat pun tentang mimpi tu, tapi waktu saya lepak kat rumah sepupu ni, dan kakak sedara say main satu game ps2 tentang berladang dengan kuda. tapi setiap kali ada benda sedih dalam game tu mesti dia main lagu sedih secara mengejut dan aku asyik terkejut bila terdengar lagu tu.pastu balik kat rumah makcik aku, aku cuba nak tidur tapi aku tak boleh. masa aku tengah mengelamun, cuba nak rasa mengantuk, aku terdengar ada bunyik buzzing bagaikan ada wayar elektrik nak putus. pastu aku dikejutkan dengan LAGU YANG SAMA main dalam kepala aku cuma volume dia macam 200% berlegar legar dalam kepala aku. aku cuba nak tutup telinga aku dengan sekuat mungkin tapi lagu tu tetap bermain dalam kepala aku sampai aku pengsan/tidur(?)
aku lepastu bangun lewat, aku pun terkilan lah sebab kena tinggal van sekolah, aku tak bagitau apa yang terjadi waktu malam tu.
sambung malam kedua, aku rasa benda yang sama cuma kali ni aku rasa macam dah tahu yang ada sesuatu yang akan berlaku, aku tengah termenung kat penyangkut baju tepi bilik aku dan tetiba muncul burung hantu yang sama pergi bertenggek kat penyangkut tu sambil berjongket tanpa melepaskan kakinya pada penyangkut tu. rupa dia terang, tak gelap seperti bilik tu bagaikan ada orang pergi mainkan gif depan mata aku. aku cuba tutup mata rapat rapat tapi burung hantu sial tu masih ada kat situ macam stiker melekat kat mata aku, aku tutup mata pun masih nampak, aku pun pergilah toleh dan pandang kat dinding sebelah katil aku dan nampak nya kaedah tu berkesan, aku tidur pada malam tu sambil mengetahui ada burung hantu tu kat belakang aku.
aku tak tau lah kalau aku dah naik gila ke apa tapi aku rasa lagu sedih tu mungkin main pada masa yang sama pasukan penyelamat jumpa mayat orang kat runtuhan Tanah runtuh tu dan burung burung hantu tu mungkin roh roh dorang. sampai sekarang, aku rasa tak senang nak pandang kat tempat yang tertentu sebab aku takut aku kena benda macam tu lagi tapi entahlah aku asyik bayangkan benda benda yang seram yang mungkin boleh muncul kat tempat tu.
submitted by wawan_ to malaysia [link] [comments]


http://rodzice.org/