Merogol

No words... 😖😤😡

2024.03.24 11:09 TruthversusSlander No words... 😖😤😡

No words... 😖😤😡 submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.03.01 12:37 TruthversusSlander Hukuman terhadap bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong bagi kesalahan merogol pembantu rumahnya dikurangkan daripada penjara 13 tahun dan dua sebatan kepada penjara lapan tahun oleh Mahkamah Rayuan .

Hukuman terhadap bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong bagi kesalahan merogol pembantu rumahnya dikurangkan daripada penjara 13 tahun dan dua sebatan kepada penjara lapan tahun oleh Mahkamah Rayuan . submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.01.24 13:12 TruthversusSlander Sarjan polis sedang disiasat selepas didakwa merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta sebanyak dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Sarjan polis sedang disiasat selepas didakwa merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta sebanyak dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu. submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.12.28 13:12 Happy-Study-981 Pembasmian Etnik Rohingya dari tanah air sendiri, PEMBINA menyeru setiap pihak main peranan

  1. Semenjak dua minggu ini, berita dunia kembali hangat dengan isu pembasmian etnik Muslim Rohingya daripada tanah mereka, Arakan atau nama lainnya Rakhine. Setiap hari beratus-ratus orang Rohingya telah melarikan diri dari tanah air mereka di Burma dan menjadi pelarian di negara-negara lain di serata dunia. Pilihan yang mereka ada jika tidak melarikan diri adalah dibunuh, dirogol, atau dipukul sehingga mati oleh para penganut dan sami Buddha. Etnik Muslim Rohingya juga telah dihalau dari bumi Arakan ke Bangladesh atas alasan Arakan bukanlah tanah asal mereka, sedang Bangladesh juga menafikan kependudukan etnik Muslim Rohingya di bumi Bangladesh.
  2. Dalam masa yang sama Aung San Suu Kyi yang merupakan State Counsellor of Burma (dikenali juga sebagai Head of Government), seorang yang mendapat Noble Peace Prize dan seorang yang telah membisu akan kekejaman ini bertahun lamanya. Pembina mengutuk kekejaman etnik buddhist ke atas etnik Rohingya dan mengutuk sikap berdiam diri presiden negara itu.
  3. Namun begitu jika diperhatikan dari sudut sejarah sememangnya wilayah Arakan merupakan tanah asal etnik Muslim Rohingya. Arakan iaitu tanah yang didiami Rohingya mempunyai 2 kelompok kaum yang besar iaitu yang terdiri daripada etnik Rohingya yang beragama Islam dan Maghs yang beragama Buddha. Arakan merupakan antara 14 daerah di dalam wilayah Burma di mana daripada 7 juta umat Islam di sana, hampir separuh berada di Arakan. Arakan mempunyai populasi lebih daripada 3 juta penduduk, tidak termasuk seramai 1.5 juta etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang daripada Burma sejak daripada tahun 1942.
  4. Jika diselidiki siapakah di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan ethnic cleansing ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa majoriti daripada kerajaan dan tentera adalah daripada etnik Maghs. Mereka bukanlah penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 1200-1500 tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan merupakan susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik Maghs telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.
  5. Pada tahun 1982, kerajaan Burma telah membuat satu proses Burmanization dan memperkenalkan identiti mereka sebagai Burman. Burmanization adalah proses asimilasi menjadikan Burma sebagai satu bangsa, budaya, bahasa dan sejarah. Identiti bangsa adalah Burman dan identiti agama adalah Buddha. Sebagai tambahan kepada identiti tersebut, jika diimbas kembali pada tahun 1961, kerajaan Burma telah mengisytiharkan Buddhism sebagai state religion tanpa mengambil kira etnik majority lain seperti Rohinyga yang beragama Islam.
  6. Mana-mana etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu berhadapan dengan penghapusan etnik. Wajarlah ia ditentang orang Islam kerana pemaksaan identiti ini akan mendorong mereka untuk murtad. Antara slogan terkenal pada ketika itu adalah “to be Burmese is to be a Buddhist” dan slogan ini dicanang-canangkan kepada seluruh etnik.
  7. Selepas kemerdekaan Burma, pihak tentera Burma telah menjalankan 19 operasi-operasi pembunuhan, pencerobohan masjid, pemusnahan sumber pendapatan, dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (B.T.F) pada tahun 1949 – 1950 adalah yang paling kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist Maghs telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan undang-undang sesuka hati mereka. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal mereka. 19 operasi pembasmian ini masih kekal sehingga ke hari ini.
  8. Justeru itu, pilihan yang ada bagi etnik Muslim Rohingya hanyalah melarikan diri sebagai pelarian ke negara lain ataupun menunggu mati di tangan etnik Maghs beragama Buddha yang kejam. PEMBINA mengkritik kejam akan kerajaan Burma dan usaha membasmi umat Islam di Burma.
  9. Dalam hal ini, PEMBINA ingin menyeru badan Organization of Islamic Cooperation (OIC) dan negara-negara naungannya perlu mengusahakan tekanan ke atas Myanmar lantas menjamin hak kehidupan Rohingya di tanah mereka sendiri. Dalam masa yang sama, PEMBINA memuji usaha negara-negara lain untuk memberikan perlindungan sebagai pelarian kepada warga Rohingya dengan dibekalkan pendidikan dan pekerjaan.
  10. PEMBINA juga menyeru supaya rakyat Malaysia bertindak atas kapasiti sendiri seperti menyedarkan orang ramai akan isu penindasan etnik Muslim Rohingya, membantu mereka jika terdapat peluang atau memboikot piala AFF yang diadakan di Myanmar.
submitted by Happy-Study-981 to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.12.05 09:31 1ken3kurt5 Language Barrier

TL;DR: chinese cannot speak chinese(exaggerated, read to know more)
Hello fellow Bolehlanders, call me Ken.
I have a rare case- no, an exotic case here for you.
One of my friends call me a banana. Yellow(chinese) on the outside, white on the inside. Before all of decided that I'm some Mat Salleh, I don't study in an english school. I'm not Singaporean.
My father is from Kedah/Penang. He never studied in a chinese school even if he is chinese. My mother is from Medan, Indonesia. She is chinese, but only learnt to speak mandarin fairly from her parents as Indonesia banned chinese education at that time. They lived in Johor and conceived me here.
Unlike other chinese people here, I grew up with parents that are quite mandarin illiterate. They speak mandarin, but only to an extent. My father always brought us to visit relatives, and somehow, I learn hokkien by listening throughout my childhood years. I remember not understanding what they were saying, because it was in hokkien. Me and my parents speak hokkien, mandarin, english, malay, and indonesian. I went to chinese kindergarten and primary school. Access to the Internet was sparse, downloading offline games is a norm for me. Normal SK for secondary. During the pandemic, for some reason, I started speaking more hokkien with my mother. Around form 3, I admitted to a college for IT related course. Kolej Vokasional. 4 years. Currently at 2nd year, entering the last semester next year.
My first friend in primary one is a malay. I don't remember if we spoke english or mandarin at that time. In the same class for 3(?) years. I eventually started preferring english over mandarin. I, a chinese, is struggling in mandarin classes. Learning to write is HELL. Somehow, I found classmates that uses english daily. Had a friend from grade 3 that I call Dragon. Likes to visit Fazbear's Pizzeria. At grade 4/5, met another english Internet user that occasionally jabs his own hand/arm with the mechanical pencil. Seen him do it while we were in the hall waiting for the rant to end. Plays Identity V with another classmate. They understand english, but prefer mandarin. I rarely see my first friend since we're not in the same class. I remember seeing him getting forced to finish his mandarin homework by a prefect.
I kinda have friends with the chinese. I started interacting less with them by grade 6. At least I got to pat a girl's head. I remember I was sitting alone in the canteen, eating my daun salad(green coral), when I saw a girl sitting about one or two table across from me, taking looks at me. Flashing ahead, probably the last day of school, we got to freely roam the school, visit other classes. I went to her class, looked at some things(it was also some event) on the table. She was just right in front of me, subtle hints. At that point I told myself to give up, not to bother anymore because of my vast difference of interest and ability with her(or any other chinese girl). I can tell that she is just like any other chinese, because I did observe how she interacted with other classmates. So I basically turned down an opportunity because I deemed myself unfit, vice versa. Language barrier.
In secondary, before the lockdown, I was lucky to have met a few homies. I made myself a little Singapore/RIMUP. What's great is that I was the same class with my first friend(childhood friend lore??!!1111?). Entering college is.. entering college.
The teachers lecturers do teach, but I'm still kinda disappointed at their knowledge and ability to teach. Suffice to say, I'm just buying myself time to learn about database and web apps. Or information technology in general. There is only 1 guy in my class that is a homie, but he is kinda dead and doesn't really bother about me. In the entire college, there are only 3 chinese. Me, a lecturer, and another undergrad at his last semester. I can say that I can't really talk with anyone there. I answer my course exams in english. I am the odd one out.
Lately I find myself straying away from my secondary homies. I can't keep fucking around with them anymore. I'm becoming more and more different from them. Recently I invited some of my homies to hangout. Too much jokes. I can hardly talk with them. But the first friend isn't there though, as I have frightened him with my inner '35 year old discord moderator'. I am 17. You will have a chance to see a headline next year: "Budak 18 Tahun Dipenjarakan Kerana Merogol Rakannya"(i just wanted to dress him up).
How did it went from language problems to Tanjung Rambutan(aslume)? i literally just researched for a malaysian mental joke and i think im gonna visit there sometime(4 years later). ok im done ranting? i just want people to know that i exist. or people like me exist. im thinking of printing a personal shirt that writes 'i prefer english' with padded cell background and wear it to roam malls(paradigm) ok pls comment
Edit: I can't make friends with people that doesn't speak homie english AKA 99% of people i meet plus i have social anxiety
Since some people have a focus span of a goldfish, I added a TL;DR
submitted by 1ken3kurt5 to Bolehland [link] [comments]


2023.10.18 19:00 temporal-eva My hypothesis, on why r/malaysia and several other malaysian-based subreddits are full of Zionist apologist.

My hypothesis, on why malaysia and several other malaysian-based subreddits are full of Zionist apologist.
Banyak post pro-palestine dapat negative feedbacks daripada redditors dalam my & beberapa lagi Malaysian-based subreddit.
Hipotesis aku adalah redditors dan mods subs tu banyak yang tergolong dalam 3 ciri2 bawah ni.
Anti-Bumiputera
  • Apa-apa post yang datangkan kebaikan dekat Bumiputera, macam latihan Peneraju, dia akan kecam. Banyak bersuara untuk hapuskan affirmative action polisi Bumiputera.
  • Anggap diri 2nd class citizen & kerajaan Malaysia ini apartheid.
  • Samakan diri dengan rakyat Palestin ditindas dalam apartheid, walhal tidak menyokong Palestin. Mereka juga tak sedar situasi mereka memang langsung tak serupa, bagai langit dengan bumi dengan Rakyat Palestine.
  • Anggap golongan Bumiputera ni ramai yang hanya tahu beranak, tapi tak ada duit.
    Anti-islam
  • Beranggapan Islam ni agama dongeng purba yang barbaric.
  • Tax yang disalurkan untuk operasi dan kemaslahatan agama islam seperti gaji imam, bilal, kelas2 agama, syariah dikatakan pembaziran, dan tidak berguna.
  • Sangat tak berpuas hati dengan sistem zakat, terutamanya apabila orang bayar zakat boleh dapat rebat cukai.
  • Anggap populasi Kelantan, Terengganu, Kedah dll.. sebagai back-water & serupa dengan Taliban.
  • PAS/PN adalah dajjal diorang, sokong perasuah tak jadi masalah, asalkan PAS/PN tak berkuasa kerana parti2 ini dianggap parti islamist yang radikal.
    Anti-Palestine
  • Apa-apa post pro-palestine akan disahut oleh pihak2 ni dengan "Hamas lebih teruk!". Ini termasuk post yang hanya memberi sokongan kepada Palestine, bukan kepada Hamas.
  • Hujah yang digunakan biasanya hanya khabar angin yang tak verified, walhal fakta2 yang telah lama didokumenkan mengenai kesengsaraan rakyat Palestine diabaikan.
  • Beranggapan rakyat Palestine Gaza ni memang patut pun dibom & diserang Israel. "Siapa suruh jolok sarang tebuan".
  • Pihak resistance Palestine secara kesuluruhan didajjalkan oleh pihak mereka & dikatakan hanya ingin membunuh, merogol orang awam Israel.
submitted by temporal-eva to Bolehland [link] [comments]


2022.08.17 11:45 BorneoNetwork Sarawak Polis masih menjejaki suspek rogol dua pelajar

Sarawak Polis masih menjejaki suspek rogol dua pelajar
KUCHING— Polis masih memburu guru yang disyaki merogol dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau di Bintulu yang menghilangkan diri sejak 19 Julai lalu.
https://www.borneo.network/2022/08/polis-masih-menjejaki-suspek-rogol-dua.html
https://preview.redd.it/euj3xrazv8i91.png?width=640&format=png&auto=webp&s=7926636548faff5c742d64b997846bc31c8cfd42
submitted by BorneoNetwork to Sarawak [link] [comments]


2019.07.11 09:15 puteramalaya Exco didakwa merogol tidak perlu letak jawatan

Exco didakwa merogol tidak perlu letak jawatan submitted by puteramalaya to beritamalaysia [link] [comments]


2019.07.10 13:30 puteramalaya Lelaki Iraq dipenjara kerana merogol

Lelaki Iraq dipenjara kerana merogol submitted by puteramalaya to beritamalaysia [link] [comments]


2019.07.10 02:00 puteramalaya Nasib exco didakwa merogol ditentukan selepas siasatan selesai

Nasib exco didakwa merogol ditentukan selepas siasatan selesai submitted by puteramalaya to beritamalaysia [link] [comments]


2018.06.21 08:07 vinnfier A food for thoughts regarding the recent controversial murtad issue

I just copy paste the post from a friend of mine on Facebook, It's written in Bahasa Malaysia though. https://www.facebook.com/munif.firdaus.3/posts/1811781875795213?comment_id=1811944975778903¬if_id=1529550801005625¬if_t=feed_comment
Melayu murtad.
Sekali lagi malaysia dikecohkan dengan isu individu asal beragama islam mengistiharkan diri murtad. Maka sekali lagi ramai orang melayu menunjukkan kegelisahan dengan situasi ini seperti dunia sudah hampir kiamat. Orang melayu sejak sekian lama didoktrin dengan kepercayaan bahawa kemurtadan adalah satu kesalahan yang maha besar. Murtad dianggap satu kesalahan yang lebih besar dari segala kesalahan.
Lebih besar berbanding kesalahan membunuh, merogol, merasuah, pecah amanah, dan merompak. Jadi adalah tidak menghairankan apabila orang melayu seperti terkena histeria apabila mendengar ada melayu yang murtad. Bagi orang melayu, seorang melayu mesti kekal sebagai islam selamanya sehingga ke akhir hayat. Biarlah jika melayu itu tidak mengamalkan agamanya tidak sembahyang dan tidak berpuasa. Asalkan jangan sesekali mengistiharkan diri tidak lagi menjadi islam .
Bagi orang melayu, seseorang yang tidak mengamalkan agamanya masih lagi ada peluang untuk masuk syurga asalkan dia beruagama islam. Dia akan dihukum segala dosanya dan selepas hukuman selesai dia akan masuk syurga disebabkan beragama islam. Tetapi jika bukan islam, orang itu akan kekal selamanya di neraka. Segala perbuatan baiknya adalah sia-sia. Ia tidak dikira.
Sepanjang sejarah bangsa melayu setakat yang dicatatkan, tiada lagi berlakunya orang yang murtad secara terbuka. Boleh dikatakan sejak islam pertama kali memasuki alam melayu, melayu dan islam sudah menjadi satu ikatan seperti tidak boleh dipisahkan. Walaupun berlaku kemurtadan, ia berlaku secara senyap-senyap.
Namun dalam 10 tahun terakhir ini, munculnya individu yang secara terbuka dan dikenali mengistiharkan diri murtad. Antara individu yang tersohor dikenali murtad adalah seperti lina joy, julie jalaluddin, adlin abdul jalil, dan syarifah farliaton. Pengistiharan ini menjadi kemarahan pada orang melayu sehingga kesemua individu ini terpaksa lari ke luar negara kerana diancam diambil tindakan oleh penguasa agama dan juga pihak polis.
Orang melayu bersangka bahawa orang yang murtad adalah orang yang bodoh, sombong dan gila. Gila kerana sengaja menghumbankan diri ke neraka. Sombong kerana tidak mahu tunduk kepada tuhan. Dan bodoh kerana tidak mahu mengikut suruhan tuhan.
Sebenarnya ini adalah satu sangkaan yang terpesong. Orang yang memilih menjadi murtad bukan kerana dia bodoh, sombong atau gila. Memang gila jika sengaja membuat perkara yang boleh menghumbankan diri ke neraka. Tetapi sebenarnya orang melayu menjadi murtad kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada islam. Mereka tidak percaya islam adalah agama yang benar. Mereka tidak percaya jika tidak ikut islam mereka akan dihumban ke neraka. Jadi tiada isu mereka sengaja mahu masuk neraka.
Internet menjadi penyebab terbesar kenapa kejadian murtad meningkat secara mendadak. Internet menjadi sumber maklumat yang boleh dicapai dengan sangat mudah. Manusia seluruh dunia boleh berhubung antara satu sama lain dengan hanya satu kali ketik. Internet menjadikan perbincangan dalam soal perbandingan agama menjadi semakin meluas. Sesuatu yang tidak dibincangkan sebelum ini mula dibincangkan secara serius.
Secara prinsip hanya patut ada satu kepercayaan saja yang benar. Namun hari ini ada beratus-ratus jenis kepercayaan berbeza mengenai ketuhanan wujud di seluruh dunia. Semua kepercayaan ini adalah salah melainkan hanya satu saja yang benar. Internet menjadikan perbincangan tentang mencari kepercayaan mana yang paling benar berlaku secara rancak. Ramai orang mula membuat penilaian semula tentang kepercayaannya adakah ia kepercayaan yang benar atau salah selepas terlibat dengan perbincangan perbandingan agama. Akhirnya berlakulah secara beramai-ramai orang bertukar kepercayaan termasuklah dari kalangan orang melayu.
Penukaran agama dari kalangan orang melayu tidak mungkin dapat disekat melainkan jika kerajaan menyekat segala jenis maklumat dari luar seperti diamalkan oleh negara korea utara. Zaman ini adalah zaman maklumat. Pendedahan kepada kebenaran berlaku secara besar-besaran. Sesuatu yang sekian lama disangka kebenaran akhirnya dibongkarkan bahawa ia sebenarnya satu pembohongan.
Kepercayaan agama adalah perkara yang disimpan dalam fikiran. Tiada siapa yang akan tahu apa yang ada dalam fikiran jika ia tidak diberitahu kepada orang lain. Usaha untuk menyekat penukaran agama di kalangan orang melayu sebenarnya suatu perkara yang melucukan. Ini kerana kepercayaan bukan benda yang boleh dikawal oleh kerajaan apatah lagi di zaman ledakan maklumat ini.
Orang melayu yang jahil yang tidak memahami realiti semasa mendesak kerajaan untuk bertindak kepada melayu yang murtad. Mereka mahu murtadin ini ditangkap. Kemudian “dibasuh” minda agar kembali semula kepada islam. Ada yang lagi ekstrem mendesak agar kerajaan membunuh orang murtad. Pada mereka orang murtad wajar dibunuh kerana berani menentang tuhan.
Nasib baik kerajaan kita ditadbir oleh orang yang berfikiran sedikit rasional. Desakan ekstrem dari kalangan orang melayu tidak dilayan. Kerajaan sedar jika ia dilayan, kerajaan akan dipandang sebagai kerajaan yang zalim. Dunia akan melabel negara kita sebagai negara yang kejam. Perbuatan menghukum orang yang mahu bertukar agama adalah perbuatan yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Tiada orang akan melanggar ajaran dari tuhan jika dia percaya itu ajaran yang benar dari tuhan. Tiada orang akan murtad kalau dia percaya kemurtadannya akan membawanya ke neraka. Inilah perkara yang tidak dapat disedari orang melayu. Mereka tidak sedar bahawa sebab utama orang melayu murtad adalah kerana sudah tidak lagi mempercayai bahawa ajaran islam itu adalah ajaran dari tuhan.
Sebenarnya melayu murtad yang mendedahkan kemurtadannya adalah sebahagian kecil dari keseluruhan melayu yang sudah murtad. Di luar sana ada sebilangan besar orang melayu yang sudah murtad dalam fikirannya tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Ini kerana mendedahkan kemurtadan di malaysia akan merisikokan diri dengan akibat yang buruk.
Melayu murtad jika diketahui umum akan berdepan dengan risiko dikenakan tindakan oleh kerajaan, ditentang oleh keluarga, dan diancam oleh masyarakat. Menjadi murtad dianggap satu kesalahan yang maha besar. Walaupun pada hakikatnya ia bukan satu kesalahan. Banyak kes melayu murtad di buang oleh keluarga. Di tangkap oleh penguat kuasa agama untuk “dibasuh” minda supaya kembali semula kepada islam.
Kebanyakan negara pada hari ini mengamalkan pemberian hak kebebasan memilih agama kepada rakyatnya terutamanya di negara maju. Pemaksaan untuk mengekalkan seseorang itu dalam satu-satu agama adalah satu kezaliman. Manusia yang berfikiran waras tidak dapat menerima perlakuan ini sebagai perlakuan yang adil. Sebaliknya ia adalah jelas satu amalan yang zalim.
Melayu perlu disedarkan bahawa mereka tidak boleh lagi menyekat melayu lain dari menukar agama. Orang melayu perlu membiarkan setiap orang bebas untuk memilih kepercayaan yang diyakini. Bangsa melayu tidak akan menjadi bangsa yang hebat jika masih mempunyai sindrom takut orang melayu disesatkan. Manusia bukan robot yang boleh dikawal pemikirannya. Biarlah kebenaran ditentukan oleh hujah bukannya kawalan.
Apa guna mendabik agama yang dianuti adalah agama yang paling benar tetapi takut penganutnya disesatkan oleh hujah yang berbeza. Secara prinsip sesuatu kepercayaan jika ramai orang yang mula menolaknya, ia amat berisiko yang kepercayaan itu adalah kepercayaan yang salah. Biarkan setiap orang menilai sendiri hujah-hujah agama. Jika kepercayaan itu benar, pasti orang akan mempercayainya.
TL;DR Friend of mine has written an article regarding the recent murtads in Malaysia, how Malays progress from a firm believer to disbeliever, how religion play out recent time in Malaysia, and how we should view murtad as. I suck at doing TL;DR
submitted by vinnfier to malaysia [link] [comments]


2017.05.30 09:49 malaysiaisme Cikgu dipenjara 34 tahun perkosa pelajar tingkatan 3


Cikgu dipenjara 34 tahun perkosa pelajar tingkatan 3

KOTA BHARU - Guru lelaki dipenjara 34 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol pelajar tingkatan tiga, dua tahun lalu.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nurhasliman Ghazali, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di rumah di Machang pada 7.30 malam, 23 April 2015.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 1 pagi, 25 April 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - HMetro
Ibu hampir pengsan anak tunggal dipenjara
KOTA BHARU 29 Mei – Ramadan yang memilukan bagi seorang ibu apabila melihat anak lelaki tunggalnya dipenjara selama 34 tahun serta lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dua kesalahan merogol pelajar tingkatan tiga kira-kira dua tahun lalu.
Ibu berusia lewat 50-an itu hampir rebah dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya sebaik sahaja penghakiman tersebut dibacakan oleh Hakim Nazri Ismail.
Hakim Nazri membuat keputusan itu selepas pembelaan terhadap Nurhasliman Ghazali, 36, yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah rendah di Tanah Merah, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Nuhasliman didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di daerah Machang pada pukul 7.30 malam, 23 April 2015.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah merogol mangsa di lokasi sama pada pukul 1 pagi, 25 April 2015.
Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad yang mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
“Sepatutnya tertuduh yang merupakan seorang guru tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara selain tidak mengambil kesempatan ke atas kedaifan mangsa,” kata Norazlinawati.
Terdahulu, peguam bela, Mohd. Zulhafiz Mohd. Zahid merayu supaya anak guamnya yang masih bujang itu dikenakan hukuman ringan kerana sudah insaf.
Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan.
Tertuduh dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa bagi menjalani hukuman penjara yang berkuat kuasa hari ini. - Utusan
rePublish Berita Terkini MalaysiaCikgu dipenjara 34 tahun perkosa pelajar tingkatan 3 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Perkongsian oleh #Malaysiaisme untuk seluruh warga Malaysia.
submitted by malaysiaisme to malaysia [link] [comments]


2016.12.30 15:45 malaysiaisme Bapa dipenjara 80 tahun, 110 sebatan perkosa anak sendiri


Bapa dipenjara 80 tahun, 110 sebatan perkosa anak sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang penjual buku agama tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, sehingga sanggup memukul remaja itu dengan tukul.
Bapa berusia 38 tahun itu merogol gadis berusia 16 tahun berulang kali di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini sejak 26 Ogos lalu, kata sumber polis.
Malah lelaki yang berasal dari Lundu, Sarawak turut didapati mencekik dan mengugut anaknya menggunakan pisau agar tidak menceritakan pencabulan tersebut.
Anaknya yang tiba di sini untuk meneruskan pelajaran dipaksa melakukan seks walau mangsa bergelut untuk melarikan diri.
“Suspek memukul lututnya dengan tukul, menampar, mencekik dan menendangnya sebelum meletakkan pisau di lehernya. Kami percaya dia buat begitu supaya anaknya menutup mulut.
“Anaknya bekerja di kedai borong berhampiran untuk mendapatkan wang saku.
“Dia tinggal hanya beberapa langkah dari balai polis Chow Kit tetapi mungkin terlalu takut untuk minta bantuan,” kata sumber.
Ketika serbuan pada Khamis lepas, anggota polis terpaksa memanjat melalui saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik itu bagi mencari suspek dan anak perempuannya.
“Mangsa yang menangis, berlari dan memeluk seorang pegawai polis wanita yang menyertai serbuan itu. Dia mengalami lebam di dahinya dan luka di lehernya.”
Rogol anak perbuatan keji: Hakim
KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Sesyen menyifatkan tindakan seorang lelaki gelandangan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun yang terpisah sejak bayi, selama 11 hari berturut-turut adalah satu perbuatan keji dan terkutuk.
Difahamkan, anak mangsa yang tinggal di Sarawak datang ke sini pada 26 Ogos lalu untuk berjumpa bapanya yang terpisah sejak mangsa dilahirkan.
Hakim Datin M Kunasundary berkata, tertuduh sepatutnya melindungi anaknya sendiri tetapi bertindak sebaliknya dengan merosakkan masa depan mangsa.
"Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma dihadapi mangsa," katanya selepas menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 110 sebatan terhadap lelaki itu yang berusia 38 tahun.
Kunasundary berkata, mahkamah juga tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan tertuduh dan berharap ia tidak dilakukan lelaki bergelar bapa atau sesiapa saja.
Dalam kes terbabit, tertuduh mengaku salah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anaknya di antara 27 Ogos dan 7 September lalu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, di sini, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.
Pertuduhan bagi seks oral pula adalah mengikut mengikut Seksyen 377C kanun sama dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebat.
Kunasundary memerintahkan tertuduh dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan bagi 11 pertuduhan rogol serta satu pertuduhan seks oral.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
http://www.bharian.com.my/node/228606
rePublish Berita Terkini MalaysiaBapa dipenjara 80 tahun, 110 sebatan perkosa anak sendiri Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Perkongsian oleh #Malaysiaisme untuk seluruh warga Malaysia.
submitted by malaysiaisme to malaysia [link] [comments]


http://swiebodzin.info