Kisah datin nak bontot

Jalan raya

2024.04.24 18:17 tersxin Jalan raya

Susah ke kalau nak bertimbang rasa di Jalan??Tak kisah lah bawa motor atau kereta,atau lori,walaupun kau tak salah,kalau nampak kereta atau motor laju,kau tk perlulah nk tunjuk kau punya jalan sampai langgar dia..Bagi je dia lalu..Apa masalah?Ini dah nampak motor laju,lagi kau laju nak bagi langgar…Bodoh betul..Dan jangan laju dan terburu-buru..Masalah timbul bila kau laju,tak berhenti,terburu-buru,potong mcm sial,tak guna cermin sisi,san tengah seperti tak ada mata,mestilah kemalangan…Di jalan,jangan laju,biar lambat asal selamat,ingat nyawa hanya satu
submitted by tersxin to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.04.22 10:22 Worldly_Horse7024 Aku terbawak balik batu lawa dri perkuburan nenek aku

Aku terbawak balik batu lawa dri perkuburan nenek aku
kisah nya panjang, nak di pendek kan cerita, gerak dari Terrenganu pukul 3:50 petang...sampai kuala Lumpur pukul 4:30 malam
my mom almost had a break down, glad my dad keep his heads up while im at the back feeling the dread of not coming home anytime soon
submitted by Worldly_Horse7024 to malaysia [link] [comments]


2024.04.10 14:37 matcemb0ng doakan aku tabah utk moved on

kisah yg nak aku bawakan kali ni dtgnya dari sorang member yg nak namanya dirahsiakan. takda apa2 persoalan dan pendapat pun diperlukan. kisah ni hanya sekadar luahan. semoga boleh jd iktibar dan pengajaran pada yg lain.
... ... ... ... ...
Aku pernah bercinta dan i gave him something that I have kept for 28 years. Aku bagi sebab aku pun curious ttg benda2 ni. Dan part of me want him to stay.
Kata dia, aku jaga dia elok sangat2. Jaga dia mcm jaga suami. Time LDR pun aku update dia sana sini xpernah miss update apa2. Tiba2 aku tahu sebenarnya dia dah kahwin tapi separated. Aku tahu pun sbb aku terjumpa dalam satu official document pasal ni. Hancur luluh hati aku. Sbb prinsip aku mudah. Aku tak nak kacau laki orang. Dan semua org pun tahu aku mmg takkan kacau laki orang.
Dia janji dgn aku dia nak bercerai dgn ex dia sbb dah lama separated. Dia pun curang and makan luar, ex dia pun curang jugak. Bila aku confront dia, dia tak ada tarikh. And paling aku bengang, dorang still berjumpa, dia still layan ex dia special. Aku ni apa? Sampah? So aku push dia utk tarikh. Aku push dia buktikan aku ni penting.
Long story short ex dia start cyberbully aku. Dia pulak still nak protect ex dia dan aku jadi korban dan lauk kawan2 ex dia. Sampai ada ugut bunuh. Bila aku ambil tindakan undang2, dia kata aku agresif. Dah aku kena tipu, kena itu ini, aku nak toleh kat sapa?
Aku pernah luah benda ni kat subreddit lain. Sbb aku tak tahu nak turn to who. Parents? Kawan2? Aib kot. Aku tanya reddit sebab aku tak tahu nak buat apa. Aku tak boleh trust dia. Aku tak boleh nak move on dgn segala apa dia buat kat aku. Walhal dia kemain komen mintak nak jumpa "his precious" kat subreddit lain time we all masih together
Dan aku syak dia marah kaw2. Tapi at least, aku x mcm ex dia buat live tiktok malukan dia siap dedah benda2 kelamin. Aku still jaga air muka dia dpn family aku, dpn kawan2 aku.
Seminggu sebelum raya, aku randomly mintak nak cek phone dia. Dan dia blah sebab dia kata ada benda boleh abwa gaduh. Banyak dia sorok belakang aku. And dia confess dia install tinder and bumble sbb dia "lost spark" kata aku ni agresif sangat. And sebab dia belum kahwin tapi cakap we are in a committed relay. Korang rasa apa perasaan aku?
Aku campak barang dia keluar rumah sebab terlalu sakit (we stay together kat apartment aku). Ya mmg silap aku. Tapi aku terlalu sakit, tak mampu aku nak bersabar dah. Getting cheated on and on. We broke up sebab dia cakap aku agresif sangat. Walhal aku still nak repair relay dgn dia walaupun aku terlampau sakit dengan semua ni.
Now dia cakap, dia just nak guna body aku for sex. Sbb there is no relay lagi between us. And benda ni buat aku rasa kotor sangat. Yes. Sex is awesome when its only lust, but sakit tu lain. Aku rasa mcm aku ni tak ada harga diri sebab if that what makes him stay, so be it. And aku dah start rasa nak cari fwb, buat benda2 risky, but that is not me.
Sakit tu tak boleh bincang, hari2 aku nangis. Hari2 aku pendam. Banyak benda dia buat belakang aku. Aku diam. Dan at this point, walaupun aku x kisah pasal dara ke apa, aku still rasa mcm aku ni murah. And complicated lahai nak explain kalau kantoi if i ever get married.
Mcm tulah aku rasa. Dia masih lek and chill as if there is nothing happened. Dont get me wrong, dia baik, dia caring. Cuma gaslighting, cheating, aku mmg tak boleh. Aku silap sbb aku mengamuk. Tapi mudahnya dia walkaway sebab dia tak nak deal dgn amukkan aku.
Aku just berharap aku tak jadi slut and fuck around. Aku berharap whatever happens in the future, siapa pun yg hadir dlm hidup aku nanti terimalah aku seadanya.
Doakan aku geng.
submitted by matcemb0ng to SesiKonfesi [link] [comments]


2024.03.21 06:59 TruthversusSlander Kamu Tak Percaya Tiada Tuhan Berhak Disembah Melainkan Allah. Dan Kamu Pun Tak Percaya Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah. Mengapa Nak Ambik Kisah Tentang Hukum Hakam Islam?

Kamu Tak Percaya Tiada Tuhan Berhak Disembah Melainkan Allah. Dan Kamu Pun Tak Percaya Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah. Mengapa Nak Ambik Kisah Tentang Hukum Hakam Islam? submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.03.20 13:22 Maleficent_Fee_8454 29/F Ada takk yang nak berkawan?

Baru je nak start baca buku sastera melayu. So mencarii kawan2 yang boleh share bahan baca buku buku melayu, boleh share puisi sastera. Tak kisah umur jantina 😄
submitted by Maleficent_Fee_8454 to bahasamelayu [link] [comments]


2024.03.08 11:03 CoomerDoomer92 [CopyPastaFB] ADIL ???

[CopyPastaFB] ADIL ???
ADIL ??? Saya rasa ramai pernah nampak kedai dan promosi ni. 1. Nama kedai ni Baker’s Cottage
  1. Dia buat promosi yang amat menarik.
  2. Seekor ayam panggang pada harga 16.90 sahaja
  3. Banyak tahun dah dia buat
  4. Strategi dia sangat power
  5. Dulu Baker’s Cottage ni mcm dah sendu sket...….
  6. Tapi diaorang buat strategy loss leader ni, Ramai orang datang membeli
  7. Dan dia berjaya buka banyak outlet satu Malaysia
  8. Tapi kenapa saya letak tajuk ADIL ??
  9. Macam ni citer nya
  10. Baker’s Cottage ni kedai lama.. brand dah lama
  11. Jual roti.. kedai bakery la
  12. Ok la roti dia sedap
  13. Tapi business dia tak strong sangat
  14. Sampai satu hari keputusan dibuat untuk di jual...
  15. Dan di beli oleh syarikat Leong Hup
  16. Siapa syarikat Leong Hup ni
  17. Dia jual ayam...
  18. Walau anda seorang Muslim yang claim anda tak beli ayam dari kedai bukan muslim… kemungkinan besar anda silap
  19. Leong Hup ni adalah salah satu syarikat integrator kat Malaysia ni
  20. Selain mereka ada lebih kurang 10 syarikat macam mereka
  21. Apa dia orang buat?
  22. Diaorang sediakan anak ayam, dedak ayam, dan ikat kontrak dengan penternak ayam
  23. Bila ayam dah besar, diaorang akan beli balik ayam daripada penternak itu.
  24. Jumlah transaki ayam diaorang capai level puluhan juta sebulan
  25. Senang cerita 70% ayam kat Malaysia datang dari diaorang
  26. Walau awak beli dari kedai melayu kat pasar, kemungkinan BESAR ayam tu datang dari giant ni ni...Kadang boleh kata hampir pasti
  27. Yes mereka la giant.. Leong Hup salah satu giant terbesar di Malaysia
  28. Sebab apa giant, sebab mereka la yang hari hari decide berapa harga ayam nak jual kat pasaran
  29. Kita dok tibai menteri kalau ayam naik harga… sebenarnya kartel ni lagi besar dari kementerian
  30. Susah nak faham harga ayam
  31. Tapi takper la… itu satu hal… selagi dia sembelih , ada sijil halal… saya rasa ok la nak buat mcm mana....
  32. Mmg tak ramai supplier lain… Tapi kita usahakan la support brand mcm Ayam Bismi dalam perjuangan mereka..
  33. Harap Ayam Bismi boleh saing dgn mereka segera , Aamiin (di baca)
  34. Tapi bukan itu yang saya nak tekan kan hari ni
  35. Ni citer Bakers Cottage ni
  36. Leong Hup beli Bakers Cottage...So BC dgn pengalaman banyak, dan duit boss baru yang banyak...Dia dah jadi level big brand...
  37. Lepas tu LEONG HUP supply ayam kat BC ,
  38. Pastu BC beli oven combi...panggang ayam... jual sekor ayam panggang harga 16.90
  39. Order banner besar letak depan kedai...Ayam Panggang 16.90
  40. Hahaha... terdiam gak tengok harga dia
  41. Untung la pelanggan....hari hari masuk...beli ayam sauk gak roti dan lain lain...Bijak betul strategi ni
  42. Tapi peniaga lain gigit jari
  43. RM 16 tu kalau peniaga lain ...harga kos belum masak, tak masuk kos pekerja , sewa dan lain lain
  44. Pengsan beb
  45. Dah celah mana nak bersaing... tapi ni bukan masalah peniaga ayam jer...
  46. Banyak bisnes kecil... tak kisah la jual ayam ke..ikan ke, tapir ker hatta jual pensil tekan sekali pun...selalu hadap dilemma ni...
  47. Company start up yang belum ada volume susah nak dapat harga kos yang rendah
  48. Maka terpaksa jual pada harga tinggi
  49. Bila dia jual tinggi ,nak kena lawan dgn company giant mcm Leong Hup ni...Yang ada modal banyak dan kos rendah..Also R&D yang power... Maka company start up tak leh lawan guna kekuatan produk semata mata
  50. Sebab tu banyak brand start up main sentimen lain... contoh ..perkauman, agama, simpati, gimik, influencer, gimik, dan lain lain.
  51. Ramai yang bash... ni la company local...takder daya saing... Tapi apa daya saing yang ada time tu...Lepas tu cakap peniaga ni penunggan agama
  52. Contoh mudah cuba tengok Syukor Burger la...... Dia buat burger level street...Sama taraf dgn McD... pada harga marhaen... (So jangan compare kan dia dgn brand Woodfire lak)
  53. So kalau Syukor Burger letak sebelah sebelah dgn McD... of course la automatik orang akan cakap burger syukor tak sedap, service tak power, brand tak standard, staff tak friendly...
  54. Mekdi tu dah berpuluh tahun niaga kot...Syukor baru setahun buka kedai burger... Mmg tak leh lawan
  55. Sebab tu dia kena guna strength personal branding dia dulu... tarik pelanggan... Guna unsur Bmf, simpati... dan slowly perbaiki segala aspek yang ada...
  56. Nak perbaiki ni take time... takkan boleh nyer tetiba terrer.... heheheheh
  57. Ada orang complaint ELEWSMART lagi mahal dari 99 speedmart... Again... berapa volume Elewsmart berbanding 99... berapa harga dia beli berapa harga dia jual... Tapi kalau ELEWSMART dapat bertahan , di sokong pelanggan...lagi 20 tahun dia ada 500 outlets, time tu dia boleh jual murah gile la
  58. Saya takder apa apa against Leong Hup dan Baker's Cottage... Saya ada je beli ayam dia...sedap gak for the price...
  59. But kalau kita nak menyaksikan ada lonjakan ekonomi kat Malaysia... kena ada gerakan besar besaran untuk support small brand yang baru nak naik ni.
  60. Dan berdamai yang brand baru nak naik ni tak boleh sempurna di peringkat awal... at least 10 tahun pertama mereka akan keep on buat mistake.
  61. Faham yang brand start up kadang kena jual mahal... Kalau tak nak beli takper tapi jangan jatuhkan mereka dgn kecaman berjemaah
  62. Saya tak pertikai ADIL ke Baker's Cottage jual harga ayam murah...dia power buat strategi...dia ada kelebihan..adil la guna.. No prob..Respect!!!
  63. Tapi saya nak tekan kan.. Adil ke Bulan ramadhan nanti , kalau korang nampak orang meniaga ayam golek kat Pasar Ramadhan... jual harga RM 22 sekor... pastu cakap "ni la peniaga nak gi haji balik hari, menipu harga jer...Baker's Cottage boleh je jual murah..."
  64. Jeng woiii !!!
  65. Saya menulis pasal dunia F&B dan perkongsian pengalaman dan pandangan saya.. Banyak lagi content cenggini kat FB Saya.
#NAZDAIM 6 Mar 9.33am
https://preview.redd.it/uexfsc4a33nc1.jpg?width=720&format=pjpg&auto=webp&s=19a8aeef124d0f7c48eccc77bb06524f58a98265
submitted by CoomerDoomer92 to Bolehland [link] [comments]


2024.02.26 14:55 TruthversusSlander Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).

Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).
Ada kisah disebalik gambar ini. Walaupun kisah ini tidaklah “rare” tapi itu tidak mengubah kesan dan akibat yang telah berlaku.
4.40pm smalam,staf letak 2 kad pt atas meja. Aku & kawan ambil sorang satu dan memanggil. Rupanya 2 pesakit tersebut adalah ibu dan anak. Si ibu lewat 20an dan anaknya 9 tahun. Bila masuk, aku memberi laluan kepada kawan untuk melihat si anak dahulu sambil aku pegang kad si ibu.
Si anak bermasalah dalam pembelajaran di sekolah. Si ibu dah jumpa dengan pihak sekolah tentang prestasi anak dan berbincang. Maka sekolah mencadangkan buat pemeriksaan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Selepas dinilai beberapa aspek, diagnosis awal adalah Learning Disability.
Kawan aku menerangkan perlu rujukan kepada juruterapi carakerja untuk penilaian penuh tumbesaran (developmental assessment). Selepas penilaian itu kami tengok semula apa langkah seterusnya. Si ibu faham dan bersetuju.
Tibalah giliran aku untuk melihat si ibu sambil kawan buat surat rujukan dan dokumentasi konsultasi si anak. Si ibu bermula dengan ayat “saya tak tahu nak cakap macam mana masalah saya ni.” Dan aku jawab “takpe cerita je macam mana pun, saya okay jee..”
Maka si ibu pun bgthu yg kerap ada mslh tidur, tiba2 dada rasa nk pecah, tgn terketar n bila jadi mcm ni dia nk termuntah n susah nak bernafas. Aku pun syak ini bukan kes biasa tak sihat, tp mesti ada kisah disebaliknya. Terus aku tya “hbgan dengan suami,keluarga atau kawan2 ok?”
Dia pun cakap baru je berpisah beberapa bulan lepas. Perkahwinan 9 tahun dia pilih untuk tamatkan kerana memakan dirinya atas beberapa isu. Bekas suaminya menderanya secara verbal,emosi,fizikal dan seksual.
Sorg laki yg sgt panas baran n dia dh hidup bersama slama 9 thn tnpa tahu smpai bila prlu hadap. Mereka prnah berpisah skali beberapa thun lepas tp rujuk balik sbb si llki janji utk berubah, janji tinggal janji. Rutin penderaan kmbali hinggalah berpisah ke-2 beberapa bulan lepas.
Si ibu tidak dibenarkan bekerja diluar kerana cemburu dan “trust issue” walaupun isu itu tidak wujud, sekadar kongkongan dan dominasi si bekas suami. Hanya si lelaki yang bekerja. Si ibu buat bisnes dari rumah berbekalkan bakat yang ada iaitu membuat kek.
Dgn pendapatan bisnes dr rumah tulah dia mmpu membeli rumah dan kereta walaupun kereta tu dia tak pakai sebab tak dibenarkan keluar rumah. Hanya si bekas suami yang menggunakan kereta. Si ibu tidak menceritakan secara terperinci tentang nafkah zahir yang lain n aku pun tak tanya.
Pergaduhan mereka hampir setiap hari dan tahapnya bukan macam kebanyakan kita (gaduh2 manja comel2). Dicarut dihamun tanpa tapisan dengan nada yang tinggi. Makian tanpa batasan dihadapan anak.
Si ibu berhenti seketika mengelap airmata sambil tanya “eh takpe ke saya cerita ni?saya malu”. Aku jawab “jangan risau, awak di tempat yang selamat. Kalau awak tak kisah, cerita je. Saya boleh dengar, kami boleh tunggu sampai awak selesai.”
Ada hari yg order agk byk 8 kek. Siap buat kek,bgkus n sedia utk hantar (tak bagitahu hantar sendiri,pick up/runner). Bekas suami mengamuk sbb dia tak dgr dipanggil, sibuk uruskan kek. Maka si bekas suami mengambil 1 persatu kek n hempas ke lantai sambil memaki hamun n pijak kek.
⁃Hempas kek pertama “kau bab” ⁃Hempas kek kedua “memang perempuan sil kau ni” ⁃Hempas kek ketiga “betina bodoh” dan keempat kelima.
Maka 5 pesanan pelanggan tak dapat disempurnakan dan duit pelanggan terpaksa dipulangkan secara penuh walaupun kek dah siap cuma tunggu hantar je. Dan ini terjadi depan anak.
Dan beberapa minit lepas insiden tu, si bekas suami meminta dia nafkah batin. Dalam ketakutan,kemarahan,kesedihan dan kekecewaan dia turuti. “Kalau saya kata taknak atau lawan,lagi sakit saya kena fizikal dan seksual.”
Di hari yang lain, bekas suami minta untuk dikejutkan tidur untuk pergi kerja. Maka dia pun kejutkan suami berkali-kali. Bila bangun si suami bengang kerana tidurnya diganggu. “Kau apasal perangai macam pukmak sangat ni?” “menyakitkan hati aku betul la bab sekor ni”
Makian cmni bukannya dgn nada rendah. Tak mgkin anak dpt tidur. anak pun terpinga tgk n dgr bapa kata gitu kpd ibu hmpir stiap hari slama bertahun. Bnda ni jadi bkn kali pertama n bukan sekali tu je. Itulah rutin bertahun yg lepas. Itulah yang anak dengar dan tengok setiap hari.
“Jujur doktor, saya pernah je cuba nak habiskan nyawa saya. Saya duduk dalam kereta 2 jam tutup tingkap tengah panas tanpa hidupkan enjin. Tapi saya stop sebab teringat muka anak.”
“Saya pernah pegang racun tikus kat supermarket nak beli, tapi letak balik sebab saya takut anak saya makan sekali bila dia tengok saya makan”
“Kadang saya ada harap bila dia pukul saya, biar lah sampai saya mati dia pukul tu. Sampai bila saya nak hadap macam ni.” Dan pelbagai lagi idea ataupun lintasan fikiran yang dia ada tapi tak diteruskan kerana terbayang anak yang takde siapa akan jaga kalau dia tiada.
Dia bru tahu beberapa mggu lepas yg kereta dia dijual oleh bekas suaminya n 1 sen pun dia tak trima duit hasil jualan wlaupun kereta ats nama dia. “Saya tk tahu mcm mana dia jual tnpa persetujuan saya”. Sekarang ni saya takut rumah tu pun dia jual jugak sebab rumah tu nama saya.
“Sekarang saya balik kampung duduk dengan mak saya. Dia takde ganggu saya dah cuma contact sesekali berkaitan anak. Sekarang saya rasa tengah menghadapi realiti trauma lepas saya hadap dia 9 tahun.”
Dan sekarang baru dia ada ruang dan masa untuk beri perhatian tumbesaran anak. “Anak saya ni tercicir banyak, banyak dia terlepas, banyak dia tertinggal.” Dia tahu anaknya takde zaman kanak-kanak yang seronok macam orang lain.
Benarlah, rumah yang tidak harmoni akan membantutkan otak kanak-kanak. Ibubapa yang bergaduh teruk depan anak-anak akan memberi kesan terhadap mereka.
Aku saja minta si anak untuk tulis nombor, huruf dan buat operasi matematik mudah (tambah tolak), tapi memang tak berjaya. Untuk usia 9 tahun, kebolehan membaca,mengira dan menulis bukan macam ni. Ini lebih kepada usia 6-7 tahun.
Sesi konsultasi,perbualan dan penceritaan ni hampir 1 jam. Banyak lagi yang tak mampu aku tulis. Tapi cukup panjang ini dan yang baca faham apa yang aku nak sampaikan.
Sehelai kertas ini adalah bukti dan manifestasi yang kelakuan ibubapa dirumah mempengaruhi tumbesaran anak-anak. Dan yang ada depan mata aku sekarang adalah seteruk ini. Dan kesannya bukan kepada 1 individu, tapi 2. Si ibu dan si anak terkesan dengan cara mereka tersendiri.
Si ibu n anak beransur kluar dgn management yg aku n kwn rangka. Aku kemas bag, punchkad dan hidupkan enjin motor untuk balik. Sepanjang perjalanan terngiang suara si ibu dan si anak dalam bilik dengan kisah mereka. Ini bukan kali pertama aku dengar, dan juga bukan yg terakhir.
Si ibu taknak teruskan hidup dengan pasangan sebegitu seumur hidup, kerana seumur hidup itu terlalu lama. Terlalu lama.
Tamat.
submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.02.03 21:36 zvdyy Apparently some "Datuk" has a case of a small dong while holidaying in the UK

Apparently some submitted by zvdyy to malaysia [link] [comments]


2024.01.18 07:46 TruthversusSlander Thoughts...

Thoughts... submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.01.09 14:03 TruthversusSlander To the ladies. Kalau rumah korang ada org jahat ganggu mcm ni, apa korang buat? Ikut kisah sorang perempuan ni, dia pernah kena mcm ni time dia tgh tidur. Satu rumah kena kepong. Housematenya hutang kat org tu sampai skli dgn dia kena tempias. Kawannya tak nak keluar.

To the ladies. Kalau rumah korang ada org jahat ganggu mcm ni, apa korang buat? Ikut kisah sorang perempuan ni, dia pernah kena mcm ni time dia tgh tidur. Satu rumah kena kepong. Housematenya hutang kat org tu sampai skli dgn dia kena tempias. Kawannya tak nak keluar. submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.01.06 16:14 lightningcold69 Another kind of H but Proton

Another kind of H but Proton submitted by lightningcold69 to Bolehland [link] [comments]


2024.01.02 00:29 My_Name-is-007 White Man is GOD

White Man is GOD
“Bau macam makanan india” itulah antara ejekan orang putih terhadap seorang pelajar etnik india Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
Mendiang di buli sampai bunuh diri tau!
Saya tak perlu jelaskan perkara ini lebih lanjut sebab kalian boleh kaji sendiri dan saya yakin ramai yang tahu pasal kes ni.
Bukan itu sahaja, ada yang ejek dia dengan hinaan terlalu gelap dan bodoh.
Lebih menyakitkan hati apabila pihak universiti kat sana juga dikatakan tak kisah langsung dengan perkara ni.
Sekarang tengok pula macam mana kita melayan orang putih di negara ini.
Dah macam tuhan.
Saya bukan nak semarakkan kebencian pada orang putih tetapi saya nak kita tengok mereka seperti orang biasa dan tak perlu terlalu menyanjung mereka.
Jangan lupa tau, orang-orang putih ni jugalah yang menjajah dan bunuh tok nenek moyang kita di Malaysia, India dan macam-macam negara Asia dan Afrika lainnya.
Ya memang tak semua orang putih macam tu, ada je yang baik tapi kita tetap tak boleh menafikan fakta bahawa orang putih memang sangat memandang rendah pada kita dan kebanyakan tiktoker dan youtube orang putih di Malaysia ni bermuka-muka dengan warga Malaysia sebab nak disanjung dan meraih keuntungan.
Jadi kepada kawan-kawan Melayu, India dan rakan-rakan etnik lain, tolong henti menyanjung orang putih dan kita bersatulah di bawah payung yang sama.
Akan datang saya akan ceritakan pula pandangan orang putih terhadap kaum Cina.
submitted by My_Name-is-007 to Bolehland [link] [comments]


2023.12.23 14:12 robotechmaster KAITAN PORTUGAL - MAMLUK MESIR - KEJATUHAN MELAKA - KHILAFAH UTHMANIYYAH

KAITAN PORTUGAL - MAMLUK MESIR - KEJATUHAN MELAKA - KHILAFAH UTHMANIYYAH
KAITAN PORTUGAL - MAMLUK MESIR - KEJATUHAN MELAKA - KHILAFAH UTHMANIYYAH
Pada 1498, Portugis jumpa laluan terus dari pesisir Atlantik ke Cape of Good Hope di selatan Afrika, sekaligus mengelak kekuatan armada Uthmaniyyah di Lautan Mediteranean.
Pada 1500-1501 Armadas da Índia Portugis menyerang membedil Kota Kalikut sebab nak bertapak di India. Perancangan mudah, kuasai pasaran rempah Eropah yang dikuasai pedagang Venice yang jual rempah harga Yahudi dengan menyerang orang tengah sekutu Venice iaitu pedagang2 Islam Kesultanan Turki Uthmaniyyah, Kesultanan Mesir Mamluk & Kesultanan Gujarat di India.
Dari 1502-1505 Armada Portugis mengganas kat Laut Arab dan Teluk Parsi ganggu pedagang Arab dan Muslim Gujarat. Sultan Mamluk dengan pedagang Venice pulak bengang Portugis mengepung laluan keluar Laut Merah sampaikan barang dagangan harga melambung naik dan menjejaskan perdagangan antarabangsa Gujarat, Mamluk dan Venice. Sultan Mamluk siap amaran pada Pope Vatican yang Mamluk takkan berdiam diri.
Pada 1505 Raja Portugal Manuel I pelan2 merancang untuk menyerang Melaka sebab nak menguasai dan memonopoli pasaran rempah. Untuk sampai ke Melaka sebelum Sepanyol, maka sebab tu lah Portugis buat haru-biru di Laut Merah ke Laut Arab ke Lautan Hindi carik pasal dengan semua orang, terutama kerajaan Islam.
Pada 1506 Sultan Mamluk bekerjasama dengan Uthmaniyyah dan Sultan Gujarat bina kekuatan dan dapat biaya Venice, armada gabungan Uthmaniyyah-Mamluk bertolak dari Laut Arab bergabung dengan armada Sultan Gujarat-Raja Kalikut.
Pada 1507 tak sangka pulak Alfonso Albuquerque ngan Armadas da Índia Portugis ambik peluang pegi menakluki kota Islam Muscat di Oman masa armada Mamluk-Uthmaniyyah berlayar.
Pada 1508, gabungan armada Mamluk-Gujarat-Uthmaniyyah-Kalikut ganyang Armada Portugis dalam Perang Chaul. Tapi kemenangan tu tipis sebab menang jadi arang, kalah jadi abu. Tahun ni jugak Raja Manuel I arahkan Diogo Lopes de Sequeira dengan armada ke Melaka untuk jalin hubungan diplomatik perdagangan.
Pada 1509 pulak, Armadas da Índia Portugis balas dendam kaw2 dengan ketumbukan 18 kapal dan sekutu Raja Hindu Kochin menghancurkan armada gabungan Mamluk-Gujarat-Uthmaniyyah-Kalikut secara keseluruhan tak bersisa masa peperangan Diu. Pelabuhan Diu ditawan dibuat Kota Kara Diu. Masa kat Kochin, armada Alfonso bertembung berselisih dengan armada Diogo Lopes de Sequeira (kira pesaing la) nak ke Melaka. Perkara menarik, Ferdinand Magellan adalah salah sorang krew armada Diogo Lopes de Sequiera. Bila Diogo Lopes sampai Melaka, Sultan Mahmud sambut elok lah, tapi pedagang Gujarat ngan Arab dan Bendahara maklumkan pasal onar yang dibuat Portugis mengacaubilau perdagangan rempah di Timur Tengah. Maka Sultan Mahmud Shah arahkan kapal Diogo Lopes Sequeira dirampas, tapi Diogo sempat mencicit lari meninggalkan 20 member Portugal ditawan. Untuk pengetahuan, Ferdinand Magellan pun ikut trip ni dan selamat lari gak. Masa ni Naina Chattu saudagar Tamil Melaka jadi talibarut Portugis mendedahkan rahsia pertahanan dan maklumat strategik Kota Melaka.
1510 Goa jatuh ke tangan Portugal selepas Sultan Kerajaan Bijapur dikalahkan .... Portugal dapat pengkalan tetap di Goa. Ini Alfonso punya kerja. Maka Kesultanan Melaka bebeh. Alfonso kumpul semua veteran perang Diu "get ready to rumble" nak ganyang Melaka.
1511, Alfonso de Albuquerque ngan 16 buah kapal Armadas da Índia Portugis (ya Ferdinand Magellan pun ikut dowh) berlayar ke Selat Melaka. Singgah jap ngopi kat Kerajaan Melayu Pedir jumpa informant Portugis bagi maklumat Melaka tengah ada krisis politik, Bendahara Tun Mutahir dan Tun Ali kena hukum bunuh, Sultan Mahmud menyesal turun takhta dan Sultan Ahmad Shah ditabal jadi Sultan Melaka, persaingan pedagang Tamil Muslim vs Tamil Hindu, Shahbandar Melaka lak kawtim lebih kepada pedagang Muslim berbanding pedagang Cina & India, armada Laut Melaka diketuai Laksamana takde kat pelabuhan, askar upahan Jawa bengang upah tak sama dengan askar upahan Melaka dari Turki, Parsi dan Maghribi. Pendek cerita, krisis perdagangan, pilih kasih, korupsi, krisis pentadbiran, krisis bangsawan, krisis pertahanan dalaman, dan krisis kepimpinan. Alfonso singgah ke Pasai repair kapal sat, pada 1 Julai sampai Kota Melaka, rasuah semua pedagang Cina / India kasi pinjam kapal jong mereka berpuluh2 join armada Portugis ("instant Allied Navy", perghhh dari 18 bijik bertambah sekali ganda) dan kepung perairan Melaka. Sultan Ahmad lambat2kan perbincangan ngan Alfonso sebab nak tunggu Armada Laut Laksamana yang tak kunjung tiba. Dipendek cerita, 1000 soldadu Portugis mendarat dan disambut Utimuraja Orang Kaya Jawa Melaka dan ribuan tentera upahan Jawa yang belot bersenjatakan bedil Jawa dan meriam Chetbang. Alfonso janji bagi upah wang besor maaa.
Perang sakan lah sampai 14 Ogos 1511, Melaka ditakluki Portugal. Utimuraja Orang Kaya Jawa diberi hadiah Alfonso dengan Portugis memenggal kepala Utimuraja sekeluarga berjemaah. Sultan Ahmad berundur ke Sungai Muar, ingatkan Portugal setakat nak jarah kota Melaka pehtu belah balik Goa, kena klepet pasal Portugis jajah "lock stock and barrel" macam lepas insiden Perang Diu 1509 Portugis bina Kota Kara Diu di Gujarat, macam tu jugak Portugis bina Kota A Famosa di Melaka. Sultan Mahmud yang berundur ke Pahang pulak nyaris2 nak dibunuh oleh assassins tetapi selamat. Ada lah geng Pahang takpuas hati tu.
1513, Portugis carik pasal dengan Mamluk semula dan Alfonso dengan armada 24 buah kapal nak lancar Perang Salib ke Jeddah, Makkah dan Madinah tapi gagal sebab tak boleh tembus Laut Merah. Alfonso sempat hancurkan pelabuhan Kamaran milik Mamluk di Yaman. Alkisah tersebutlah kisah, Sultan Ahmad Shah mangkat ditikam Sultan Mahmud Shah yang geram anakandanya gagal menawan kembali Melaka.
1514-1517, Uthmaniyyah meminjamkan panglima perang Selman Reis dan armada Uthmaniyyah membantu Mamluk. Mamluk membelanjakan 400,000 dinar emas nak bina balik kekuatan laut. Gabungan Uthmaniyyah-Mamluk membangunkan balik pelabuhan Kamaran jadi pengkalan laut armada Islam dan berjaya mempertahankan Jeddah, Makkah & Madinah dari serangan Portugis pada 1517. Masa ni pulak dah Uthmaniyyah berperang lak ngan Mamluk, adalah pasal Mamluk pi sokong pesaing saudara kepada Sultan Salim I nak rampas takhta Uthmaniyyah. Bengang la Sultan Salim I Uthmaniyyah.
Awal 1517 Mamluk dah bankrap, Portugis pulak dah kuasai semua laluan perdagangan laut, Uthmaniyyah pulak ambil peluang menawan Mamluk dan menjadi kuasa besar Islam. Khalifah Abbasiyyah naungan Mamluk kalah perang, maka rasmilah Sultan Salim 1 menjadi Khalifah seluruh umat Islam menerusi Khilafah Uthmaniyyah, Darul Islam.
submitted by robotechmaster to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2023.12.16 09:38 Bear_With_It 4 jam aku buat benda ni lahanat....Dan aku baru kat 3.4...

4 jam aku buat benda ni lahanat....Dan aku baru kat 3.4...
Bontot sakit, post kat sini sebab nak keluar buang angin tehee~
submitted by Bear_With_It to Bolehland [link] [comments]


2023.12.14 15:23 One_Adhesiveness_224 Bapa jahat

Selama 20 tahun, bapa saya selalu memberi layanan yang buruk kepada ibu saya tetapi dia tak pernah nampak kesalahan dirinya dan selalu menganggap bahawa ibu yang jahat. Mereka pertama kali bertemu 20 tahun yang lalu, bapa saya 55 waktu tu dan ibu saya 19. Walaupun umur berbeza tetapi ibu saya nak mencari cinta tapi apa yang dia dapat adalah sebaliknya.
Ibu saya seorang yang jujur dan tak pernah mencuri dari bapa saya. Walaupun bapa saya bergaji Rm 3000 dan tak termasuk duit lebih dari syarikat. Ibu saya takut untuk melawannya. Jadi, selama kami tinggal di apartment sepanggar ria, bapa saya selalh maki bangsa ibu saya dan menghina ibu saya kerana tidak mempunyai pengajian yang tinggi. Apabila ibu saya ingin meminta duit, bapa saya akan marah dan over react. Dia akan memaki ibu saya. Bukan tu sahaja, dia juga menonton pornografi. Hal ini telah mengakibatkan kesan kepada saya sewaktu kecil untuk sementara tetapi sekarang tidak lagi. Waktu kecil, saya lihat ibu saya tak bijak dan selalu setuju dengan bapa tetapi bila lihat balik, apa yang bapa saya buat tu kejam. Walaupun dia telah buat banyak benda, dia masih tak sedar.
18 tahun telah berlalu, ibu saya sudah menjadi berani. 3 tahun yang lalu, ibu saya curang dengan bapa tetapi kami adik beradik tidak marah kepadanya walaupun sakit hati. Hal ini kerana bapa tak pernah tolong ibu di rumah, terutamanya apabila ibu saya mengadung anaknya. Tetapi selepas kematian atok dan banyak nasihat saya beri kepada ibu, dia mulai untuk sedar bahawa dia tidak dihargai. Oleh itu, dia mula untuk berani menyuarakan perasaannya walaupun secara ganas tetapi tak seganas bapa. Ini adalah lebih kurang contoh percakapan bapa :
"Kau ni memang dasar perempuan sundal, tukar-tukar lelaki. Kuat nafsu, sebarkan kaki kepada siapa-siapa jantan sahaja yang mahukan kau. Kau tak sedar kah yang tiada lelaki di dunia inginkan kau, aku sahaja yang kisah padal diri mu."
Ibu jawab "Bila masa saya macam tu, malas saya nak layan kau ni"
Bapa marah "Pukima, sial kau tahu. Ketulaan kau lawan aku. Memang dasar perempuan philipine. Ni semua salah keluarga kau yang bodoh tu. Sial kamu semua"
Ibu saya diam dan tak layan tapi saya berasa sangat marah sebab saya study psikologi dan saya tahu apa yang bapa saya sedang lakukan.
Selama ni ibu saya pendiam tapi saya yang tolongnya untuk membela diri, mengajarnya ayat apa yang perlu dikatakan kerana bapa saya tak pernah sedar kesilapannya. Dia lihat bahawa dirinya yang mangsa di dalam rumah.
Dia rasa umpama dia mangsa kerana sekarang dia tak boleh mempergunakan lagi ibu, dia tak dapat nak puaskan lagi ego yang ada pada dirinya. Kadang-kadang saya lihat dirinya bodoh kerana dia lupa apa yang dia kata tapi saya tahu dia sedang berpura-pura. Ibu curang sekali tetapi tak pernah menyentuh sesiapa lelaki. Ibu saya baik hati tapi bapa saya mempunyai minda yang busuk serta kotor. Dia juga telah menyebarkan aib ibu ke semua keluarga yang lain dan termasuklah rakan-rakannya. Walaupun apa sekali yang dia buat kepada ibu, ibu tak pernah buka aib dia. Dia membuat ibu derita dan tiada tempat untuk pergi, selama ni ibu selalu di rumah sampai ingin menangis.
Bila ibu kata yang dia inginkan kebebasan, bapa saya kata :
"Oh, ini pula apa yang kau menunggu selama ini. Aku menyesal kahwin kau. Bagus kay balik lah ke Philipine, saya tak mahu tengok kau lagi. Kau ingat akan kematian, dunia bukan selamanya. "
Bapa saya belajar banyak agama tetapi akidahnya mungkin sedikit salah. Wallahualam. Dia sendiri tak sedar dia tu kadang-kadang pukul ibu. Tak memberi dirinya ketenangan dan cinta. Padahal pada umur 55, dia tinggalkan isteri pertama yang sedang sakit kerana masih bernafsu. Kadang-kadang daya terfikir kenapa dia kahwin ibu.
Bapa saya sedih kerana pelik kenapa tiada siapa rapat dengannya dan ini sebabnya :
Dia seorang yang kuat memaki dan cepat marah. Mindahnya tertutup dan dia berperangai seperti kebudak-budakan. Hanya dia sahaja yang betul dan kami semua salah. Saya rasa dia baik dengan anak pun sebab taknak ulang benda yang sama kerana semua anak-anaknya sebelah isteri pertama tak pedulikan dirinya lagi tapi kami adik beradik sayang ibu dan walau jahat macam mana pun bapa kami takkan ulang benda yang sama.
submitted by One_Adhesiveness_224 to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2023.12.07 10:09 mattcembong cinta saya tak kesampaian

Assalammualaikum admin. Mohon hide profile saya ye.
Assalammualaikum semua.. Kisah saya begini, saya bujang lagi, belum berkahwin. Beberapa bulan lalu, saya ada berkawan dengan seseorang ni. Saya ikhlas berkawan dengan dia. Tapi sebelum saya berkawan, saya selidik dulu, samaada si dia suami org atau boyfriend org.
Saya bukan jnis org yg berkawan dgn milik org.Jadi saya agak berhati2 dalam memilih kawan. Saya berkawan dgn beliau, dia layan saya baik,nmpak kesungguhan tu yg dia mmg nk bkawan dgn saya.
Baru2 ni saya dapat tahu yg si dia ni suami org. Sumpah lillahitaala saya tak tau pun dia suami org. Rupanya dia banyak tipu saya.
Isteri beliau cht saya, cakap saya kacau rumahtangga mereka, padahal saya ni tak tau apa2. Saya mati2 igt lelaki tu bujang lagi. Saya di aniaya, saya dituduh merampas kebahagiaan dia😭 saya sedih sangat .. kenapa saya diuji mcmni.
Saya dh ckup berhati2 dah dalam memilih kawan, tapi saya terjerat dalam masalah rumahtangga org😭 saya chat balik isteri dia baik2 , saya explain hal sebenar, tp dia taknak dgr langsung penjelasan saya. Dia anggap saya menipu padahal saya betul2 tak tau. Isteri dia cakap saya punca mereka berdua nak bercerai😭 saya pujuk dia, saya cakap elok2 jangan sampai becerai, saya undur diri, saya nk mereka berbincang, berbaik tapi si isteri nekad.
Apa yg perlu saya buat😭 saya punca hubungan suami isteri berbalah padahal saya yg dibdohkan oleh si lelaki tersebut😭😭😭😭saya dah ckup percaya dah dgn org, tp kenapa org buat saya mcmni😭saya tak habis2 salahkan diri saya yg bdoh sbb percayakan org.. saya dh buntu tak tau nk buat mcmmana. Utk pengetahuan smua, selepas je saya dpt dm drpda isteri beliau, saya terus stop contact lelaki tu. Saya tak tunggu apa2 dah, saya tak perlukan penjelasan drpda lelaki tersebut. Saya rasa bersalah sangat . Lelaki tu mmg tak guna, dia tipu saya hidup2. Saya terjerat dalam masalah rumahtangga org sebab terlalu percayakan org.
Apa yg perlu saya buat😭
submitted by mattcembong to SesiKonfesi [link] [comments]


2023.12.03 09:32 calikim_mo Not this again 🤦‍♂️

Not this again 🤦‍♂️
This does not represent most malay, these just some conservative nutjob.
submitted by calikim_mo to Bolehland [link] [comments]


2023.11.19 11:14 Namia-Damha-239 Mintak pendapat korang boleh?

Saya ni nak mintak pendapat berkenaan tindakan seorang pengarah kolej. Saya ada buat aduan berkenaan bantuan biasiswa yang sengaja dilewatkan menyebabkan beberapa pelajar terpaksa meminjam duit dari orang lain semata mata untuk bayar sewa bilik je. satu semester ada 4 bulan, dan biasiswa kami baru dapat hampir hujung sem. padahal kolej lain dah dapat sebelum mid sem. so citernya, saya kena marah, tengking dan dipermalukan oleh pengarah berkenaan kerana tindakan saya melaporkan kepada pihak yang lebih tinggi membuatkan dia rasa malu. ini apa yang dia cakap "tindakan awak ni buat kan NAMA SAYA dan kolej malu tau, macam saya tak buat kerja.". yang membuat aduan pula dimarah. Orang macam tu tak layak jadi pengarah kolej komuniti. pegawai hem pulak kata "biasiswa lambat masuk, lambat habis". eh macibai. dia bukan kisah pon pasal murid, panggil kolej yang dia pegang sebagai koleh bodoh. pensyarah pon dia kata kambing. so korang rasa patut ke apa pengarah tu buat? patut tak saya buat aduan lagi berkenaan hal tersebut?
submitted by Namia-Damha-239 to malaysia [link] [comments]


2023.11.01 13:28 TruthversusSlander Setiap kali perang kat Gaza, korang serang Mekdi Malaysia kat social media dan boikot Mekdi sampai setiap staff perempuan Mekdi kena pakai headband kain macam keffiyeh Palestine ‘Save Gaza’ dan ‘We support Palestine’ kat atas kepala dah sekarang.

Pergilah marahkan Starbucks kat social media pulak. Satu kedai kopi Starbucks pun tak ada kat Israel sebab zionis Israel tak minum air kopi Starbucks. Aku rasa ada kena mengena dengan susu atau hasil tenusu dan kopi.
Aku tengok lengang je Mekdi kat area ‘within walking distance’ aku. Customers aku rasa ada dekat tujuh orang saja tadi (termasuk aku yang tengah sibuk main online game). Beberapa riders penghantar makanan Mekdi ada yang sibuk keluar masuk.. keluar masuk.. Mekdi untuk food delivery. Sementara tiga, empat orang rider sibuk lepak main online game kat phone.
Walaupun satu kedai kopi Starbucks pun tak ada kat Israel tapi big bossnya kat Amerika dah keluar surat pekeliling sokong Israel.
Jangan tanya bagaimana aku tahu setiap staff perempuan Mekdi pakai headband kain keffiyeh ‘Save Gaza’ atas kepala.
Ada sorang ni post kat media sosial terdapat kejadian staff Mekdi kena baling batu masa diorang berjalan balik rumah. (Nanti aku post screenshot komen tu, kalau aku boleh jumpa semula). Yang bengap sangat baling batu kat orang-orang kita tu buat apa? Staff Mekdi kebanyakan orang Melayu warganegara Malaysia.
Aku nak tanya kepada si hipokrit-hipokrit yang order Mekdi kat app Mekdi tu dan mana-mana app food delivery tu, korang tak malu ke? Pergi restoran Mekdi beratur terus kat depan kaunter lah. Jangan hipokrit sangat.
Aku rasa yang segan dan takut sangat nak pergi masuk restoran Mekdi ni satu keluarga yang selalu buat majlis makan-makan untuk kaum keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran terdekat yang tinggal berdekatan sangat dengan rumahnya. Lepas tu kalau salah satu ahli keluarganya pergi Mekdi dan order terus dalam restoran, dia takut jika dilihat oleh kaum keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran terdekat. Dia risau, bimbang atau takut dikritik habis-habisan dengan orang yang selalu dia bagi makan free sebab kerap sangat buat majlis makan-makan, dah tak nak kawan dengan dia lagi. Nanti digelar ‘penyokong zionis’ pula. Maklumlah mulut-mulut makcik-makcik datin-datin tak bertauliah dan suami-suami mereka di kawasan kejiranan sekarang.
Nasib baik Starbucks tak pernah ada within walking distance from my house dan nasib baik aku check tahun lepas harga satu venti caramel macchiato frappucino dah naik sehingga RM21 termasuk tax. Aku tanya je harganya pastu keluar dari Starbucks tak beli apa-apa pun. Bertahun… tahun.. tahun… banyak tahun jugalah aku tak pernah beli apa-apa kat Starbucks.
Macam aku okay je. Tak ada siapa nak pandang serong pun kalau aku masuk restoran KFC, Mekdi atau mana-mana restoran. Cuma kawan-kawan online gamers aku sibuk wasap “Jomlah! Lepak kat kedai makan pulak, lepak kat gerai makan, restoran mamak pun takpe kita main online”. Aku wasap pula “Kenapa?”. Sorang kawan aku reply “Tak bolehlah, nanti kalau kawan-kawan mak bapak aku nampak, habis diserang rumah aku, marahkan mak bapak aku sokong Israel”.
Syukur aku, ibubapa dan ahli keluarga aku tinggal di negeri lain.Aku sorang je beli rumah kat negeri ni.
submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.10.03 13:52 Digize Repair lain rosak lain

Repair lain rosak lain
hantar fon Huawei mate 20 kat kedai nak repair power button loose, dpt balik backglass pecah. Confront mamat tu tak nak mengaku salah, kata aku hantar memang dah pecah. Kalau ya pon aku hantar memang dah pecah, mana datangnya tape banyak² tu bang. Yang aku paling tak puas hati ni dia salahkan aku pulak aduhhh, at least mengaku jelaaa ko terbuat, tak sengaja ke apa aku tak kisah la, tapi jgn salahkan customer. Aku hantar kat engkau barang elok-elok ko jagakanlah, jgn rosak kan lepas tu bagi balik macam kau tak tau apa². Memanglaa aku panas
submitted by Digize to Bolehland [link] [comments]


2023.09.26 21:35 V4_Sleeper triggered asal ramai pemandu "upbadge" kereta diorang kat KL (TL;DR below)

triggered asal ramai pemandu
saya suka kereta. gila2 punya. specialising in sports cars. details yang kecik2 tu biasanya saya boleh tau ni betul boy racer ataupun poser.
kereta lokal standard lah orang modify, kita pun mana ada sport kan. except mcm satria gti/neo or perdana v6. lain tu biasanya sekali pandang terus tau ni common punya kereta, letakla apa nak kat bonet..
pastu muncul la puak2 poser. (sorry if this sounds rude)
biasa nampak Civic pastu member letak badge "Type R". kalau yang tryhard sikit letak bodykit Type R yang betul. pastu aduh exhaust tips pulak salah. tapi at least ok la sebab saya kisah bunyi je, exterior mods ikut taste masing2. civic type r bunyi beshe2.
jeng jeng jeng, nampak pulak Merc A-Class ngan C-Class yang tryhard... A200 uplift jadi A45S, biasanya saya buka tingkap kereta sendiri nak dengar bunyi "A45S" tu tapi takde.. pastu tengok brek, rupanya base A-Class.. sedih. C-Class biasa tak buang the C200 badge tapi letak /AMG kt tepi. tapi bukan AMG-line, body biasa. pelik.
paling aku triggered, BMW basic letak M3 or M5. saya budak BMW; BMW imo paling senang la nak differentiate sama ada M betul atau tak.
ada badge M3 kt belakang tapi dual exhaust. fender biasa. bunyi je kuat. meh.
pastu nampak lak M5 E60. fuyoooooo gila la bawak kete ni kat Malaysia. 5.0 V10 kot. roadtax gila babi.
case study: E60 M5. V10 sound, unmistakable melody. https://youtube.com/shorts/cgeNItu3nys?si=cqQpqjNMhH_mLcsw
ini paling distinct punya bunyi antara semua M. dalam banyak2 M5 E60 aku nampak kat Malaysia, 2 je yang legit. lain semua poser. ni aku paling sedih ah, bukak la tingkap nak dengar V10 menyanyi, sekali dengar bunyi 4pot je. but fair enough, senang je nak tipu orang dgn E60.. letak fender baru, quad exhaust, rim M5, dah, dapat sebiji rupa M5.
tapi tak. kalau tengok betul2, nampak beza. pic 1 is real M5 E60 somewhere in KL, pic 2 is normal E60. pic 3 is a unicorn M5 E61, euro-spec aku snap kt Germany.
nak tipu siapa? orang yang tak tau, tak kisah; tapi orang yang tau (aka enthusiasts), gelak je. asal begitu? kalau aku dapat bawak 320i pun dah bangga shit dah.
aku tau ni macam a waste of energy worrying on something redundant tapi macam tadi kt depan KLCC macam fuish ada dua M5 E60 "Competition" (padahal tak pernah wujud pun spec ni) siak pastu bukak tingkap, keluar bunyi 4pot macsm Myvi modified. aduh punya la kecewa.
TL;DR : why do Malaysians bother with upbadging when most people dont care and/or don't know what it is, while people who care and/or know about the fake badge.. will just dismiss it? is it self-satisfaction kind of thing?
sekian dari peminat kereta butthurt; shoutout to upbadging
submitted by V4_Sleeper to Bolehland [link] [comments]


2023.09.11 09:14 Cautious-Treat-3568 Still relevant?

Still relevant?
Still relevant today?
submitted by Cautious-Treat-3568 to Bolehland [link] [comments]


http://rodzice.org/