Halwa untuk hantaran perkahwinan

My attempt on translating "Mengintai Dari Tirai Kamar (Buih Jadi Permaidani)"/"Peeking From the Room Curtains (Turning straw Into Gold)" by Exists Translation in body text:

2024.05.18 06:08 4-AGE_Guy My attempt on translating "Mengintai Dari Tirai Kamar (Buih Jadi Permaidani)"/"Peeking From the Room Curtains (Turning straw Into Gold)" by Exists Translation in body text:

Lyrics:
Dinginnya angin malam ini, menyapa tubuh ku (The wind is so cold tonight to the point it stings my body)
Namun, tidak dapat mendinginkan hati ku yang kau hangatkan (However, this wind couldn't extinguish the fire you've set to my heart)
Terasa tercabarnya kelakian ku ini dengan sikap mu (It feels as if my masculinity is being attacked through your attitude)
Menentanglah aku ini insan kekurangan I know that I'm indeed a flawed person
Senangnya kau mainkan (How could you easily toy with me)
Siapalah aku ini untuk 'memintal buih yang memutih menjadi permaidani' seperti mana yang tertulis dalam novel cinta (Who am I to think that I could 'spin a straw into gold' as such written in a fairy tale)
Juga mustahil bagiku menggapai bintang di langit, menjadikan hantaran syarat untuk miliki mu (I too find it impossible to reach the stars in the sky, making a sign to win over your heart)
Semua itu sungguh aku tak termampu (I really couldn't afford all of that)
Silap aku juga kerana jatuh cinta insan seperti mu seanggun bidadari (I was wrong to fall in love with a person like you who is as graceful as an angel)
Seharusnya aku cerminkan diri ku sebelum tirai kamar aku buka mengintaimu (I should have reflected myself before before peeking you from the curtains)
submitted by 4-AGE_Guy to bahasamelayu [link] [comments]


2024.05.15 11:17 overlord118 Mo tau psal adat perkahwinan

Hi gais,
Mo tanya bah, macam mana adat perkahwinan urang2 kita di sini especially kalau Rungus. Manatau ada yang berpengalaman boleh share. Sy mau tau dari merisik, tunang dan sampai kawin. Kalau boleh kongsi kos2 semua pengeluaran pun lagi ok. Harap dapat share juga untuk pengetahuan, sebab mau buat persediaan ba juga ni hehe.
Dan boleh kongsi tips dari yang suda kawin manatau, what to do or even prepare better.
submitted by overlord118 to Sabah [link] [comments]


2024.05.12 11:27 AkaunSorok The dark side of Islam is a pathway to many abilities some consider to be unnatural.

The dark side of Islam is a pathway to many abilities some consider to be unnatural. submitted by AkaunSorok to MalaysianExMuslim [link] [comments]


2024.05.12 11:04 nazrilaizudinn Berapa ramai ibu susuan yang diperlukan untuk menyusu seorang anak supaya seluruh penduduk Bumi menjadi mahram kepada anak tersebut?

Soalan pada tajuk.
Seperti yang kita (umat Islam) ketahui, ada tiga sebab untuk menjadi mahram iaitu melalui nasab, perkahwinan dan penyusuan. Pada kali ini, kita berfokus kepada penyusuan.
Seorang anak menjadi mahram kepada ibu susuan apabila anak yang disusukan berumur bawah 2 tahun dan disusukan 5 kali kenyang.
Hal ini membolehkan hubungan kekeluargaan terjalin antara anak tersebut dengan keluarga ibu susuan walaupun kedua-dua mereka itu tidak berkait/ajnabi (ataupun juga berlainan agama!) sebelum penyusuan. Hal ini secara tidak langsung juga memungkinkan seseorang anak menjadi mahram kepada seluruh dunia.
Sekiranya seluruh penduduk dunia menjadi mahram kepada seseorang anak, maka anak tersebut berhak untuk memandang semua penduduk bumi tanpa mengira jantina (asalkan tak berahi/bernafsu). Selain itu, anak tersebut boleh tinggal bersendirian/berduaan dengan semua penduduk bumi tanpa syak. Tiada batasan pergaulan antara anak tersebut dengan seantero populasi bumi (batasan setara dengan keluarga nasab). Semua perkara yang halal di kalangan keluarga nasab anak, halal juga kepada keluarga susuan anak tersebut.
Namun, anak tersebut tidak boleh berkahwin dengan sesiapa pun diseluruh dunia. Maka, anak tersebut tiada dapat menyambung nasabnya.
Bagi saya ini ialah soalan yang menarik untuk dibincangkan pada MLATS. Mungkin juga layak untuk dijadikan video standalone.
sumber rujukan: BAYAN LINNAS SIRI KE-70: ISU BERKENAAN IBU SUSUAN & PELBAGAI HUKUM (KAD ATAU SIJIL SUSUAN) https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1138-bayan-linnas-siri-70-isu-berkenaan-ibu-susuan-pelbagai-hukum-kad-atau-sijil-susuan
submitted by nazrilaizudinn to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2024.05.05 16:30 lightningcold69 Unluckiest guy in Konoha.

Unluckiest guy in Konoha.
Jakarta: Menggemparkan apabila seorang suami di Cianjur, Jawa Barat, baru-baru ini, mendapati bahawa isterinya adalah lelaki.
Portal detik.Com melaporkan rahsia 'wanita' terbongkar selepas pasangan itu bernikah selama 12 hari.
Menurut laporan berkenaan, si suami yang berusia 26 tahun itu tidak pernah mengetahui bahawa pasangannya itu adalah lelaki, walaupun mereka sebelum ini menjalin hubungan selama setahun.
Bagaimanapun, selepas berkahwin, lelaki itu mula curiga selepas 'si isteri' tidak mahu melakukan hubungan intim, tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga dan masyarakat.
Sementara itu, siasatan polis tempatan mendapati bahawa 'wanita' itu tidak kelihatan seperti lelaki, terutamanya kerana dia sentiasa berpakaian wanita dan bersolek.
Gambar perkahwinan juga menunjukkan si 'isteri' dengan rupanya seperti wanita. Suaranya juga dilaporkan lembut dan ia menyebabkan lelaki itu tidak pernah meragui identiti sebenar kekasihnya itu.
Selepas jantina sebenar 'wanita' itu terbongkar, keluarga sebelah lelaki membuat laporan sebelum isterinya itu ditahan polis.
Ketika ditahan, 'wanita' itu berdolak-dalik, namun soal siasat terhadap bapa individu terbabit mengesahkan jantina sebenarnya.
Situasi itu amat mengejutkan keluarga si lelaki memandangkan dia dan 'isteri' dinikahkan dengan persetujuan wali hakim.
Wanita itu sebelum ini melaporkan bahawa ayahnya tidak dapat dikesan menyebabkan mereka bernikah dengan wali hakim.
Polis kini menahan 'wanita' itu untuk siasatan lanjut.
submitted by lightningcold69 to Bolehland [link] [comments]


2024.04.24 14:55 PASPulauPinang Hantaran ketepatan Odegaard menemui Havertz dengan pantas untuk kemasan klinikal! ⚽️🎯 Perkongsian yang mengingatkan KDB - gabungan maut Haaland.

Hantaran ketepatan Odegaard menemui Havertz dengan pantas untuk kemasan klinikal! ⚽️🎯 Perkongsian yang mengingatkan KDB - gabungan maut Haaland. submitted by PASPulauPinang to u/PASPulauPinang [link] [comments]


2024.04.23 18:42 tersxin Apakah itu cinta?

(Baca ni sambil buka diantara kalian-d’masiv in the background)
Swifties atau budak muda,go crazy and lunatic on this Topic Old timer boleh terang? Jadi aku tak faham lah..Cinta ini suatu perkara yang wujud atau hanya bayangan dan rekaan semata-mata..Seseorang boleh mati kerana bakteria,yang boleh menyebabkan jangkitan dan mati.Cinta adakah perkara yang betul,nyata,wujud atau hanyalah sosial konstruk yang direka hanyalah untuk menghalalkan keinginan/nafsu kita?Bolehkah seseorang mati kerana cinta yang menyebabkan tubuhnya tidak dapat bergerak?
Aku mula fikir perkara ini bila banyak berita keluar tentang isteri curang,suami curang..Kalau kau curang dengan seseorang kerana lelaki tersebut lebih kacak,kaya,jadi apa nilai cinta kau dan perkahwinan kau??Sebab dalam dunia ni akan sentiasa ada orang lebih daripada pasangan kau..Kalau kau baca red pill,kau akan dapat tau,zina ni berlaku di negara ini,dan curang berlaku..Jadi persoalannya,adakah apabila lelaki yang lebih kuat dan hebat datang,dia akan boleh rampas perempuan kau??Adakah mat rempit boleh rampas perempuan kau??Adakah kau mamat blue pill,yang taktau isteri kau ni sebenarnya dah jadi slut as hell dengan ramai lelaki?Adakah cinta itu palsu?Kebanyakan lagu Malaysia dan Indonesia akan memaparkan lagu cinta yang murni seolah-olah cinta suci itu wujud
On the other side,ada pulak perempuan yang pilih lelaki yang biasa-biasa walhal ada yang lebih baik nak ke dia..kenapa perempuan cantik ni pilih lelaki yang tak seberapa..Dan seseorang yang mempunyai segala-galanya ini direject??Contohnya,banyak kes curang,yang menunjukkan orang yang dicurangi jauh lebih lawa dan kacak daripada yang curang..Aku tak cakap kau salah,tetapi kenapa dia,padahal ada yang lebih baik??
Jadi aku berada di tengah-tengah,perempuan ni diorang nak lelaki yang paling baik atau diorang nk lelaki yang biasa-biasa??Memberi persoalan apa benda itu cinta?
submitted by tersxin to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.04.19 16:44 SScustom 3 Sebab Kenapa Lelaki Muslim Perlu Poligami

3 Sebab Kenapa Lelaki Muslim Perlu Poligami
Walaupun konsep poligami dalam Islam membawa pelbagai perspektif, terdapat sebab dalam ajaran Islam yang memberikan konteks mengapa sesetengah lelaki Islam perlu memilih untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri, antaranya adalah;

https://preview.redd.it/61lz4x4a7gvc1.png?width=1080&format=png&auto=webp&s=0e9c5701439fbbd5752f45f6ba08e0196f5a71b6
Kebajikan Masyarakat: Poligami Islam boleh dilihat sebagai sistem kebajikan masyarakat. Dalam keadaan di mana balu, pencerai atau wanita tidak dapat mencari suami kerana ketidakseimbangan sosio-demografi memerlukan sokongan, poligami menyediakan sistem sokongan keluarga yang terbaik. Tanggapan ini berasaskan belas kasihan dan tanggungjawab terhadap mereka yang memerlukan dalam komuniti.
Kestabilan Keluarga: Dalam Islam, kesejahteraan keluarga adalah amat penting. Di bawah syarat-syarat tertentu, di mana isteri pertama tidak dapat melahirkan anak atau terdapat keadaan lain yang meringankan, poligami membolehkan penerusan keturunan dan menyediakan kanak-kanak dengan persekitaran yang stabil dan memelihara. Aspek ini didekati dengan niat untuk memastikan kebajikan semua pihak yang terlibat, berdasarkan persetujuan dan persefahaman bersama.
Sokongan Ekonomi: Poligami juga boleh berfungsi sebagai satu cara untuk memastikan sokongan ekonomi untuk lebih ramai wanita dalam rangka kerja masyarakat di mana jurang ekonomi wujud. Dengan memperluaskan unit kekeluargaan, ia membolehkan pengagihan kekayaan, harta dan sokongan kepada mereka yang mungkin menghadapi masalah kewangan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa undang-undang Islam menekankan keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan semua individu yang terlibat dalam perkahwinan poligami, yang memerlukan suami melayan semua isteri dengan penghormatan, penjagaan dan sokongan kewangan yang sama.


https://preview.redd.it/k9331dmi7gvc1.png?width=1000&format=png&auto=webp&s=da8ed8b37a36dc9cd8fb47241085fb3af5dff9ae
Berminat nak berpoligami?
klik link yg di sediakan : www.wasap.my/60199194645 (Ustaz Ahmad)
submitted by SScustom to Keluarga_Bahagia [link] [comments]


2024.04.19 09:17 SScustom Syarat Poligami di Malaysia

Syarat Poligami di Malaysia
Di Malaysia, amalan dan syarat poligami tersangatlah rumit, dikawal oleh peraturan tertentu dan berakar umbi tradisi budaya dan agama. Poligami adalah dibenarkan secara eksklusif untuk lelaki Islam, tertakluk kepada keperluan undang-undang yang ketat dan kelulusan mahkamah Islam.
https://preview.redd.it/d55970e1xdvc1.png?width=1080&format=png&auto=webp&s=1664ace4b56702e74fd270754f172e3ff37deb56
Di sebabkan itu juga, ramai lelaki muslim di Malaysia yang memilih untuk menikah atau berpoligami di Thailand seperti di songkla dan etc. Ini sebenarnya merumitkan keadaan kedua pasangan yg terpaksa membiayai kos nikah di luar negara, pengurusan yg rumit di kedutaan Thailand, kos saman dan pengesahan perkahwinan di Mahkamah Malaysia dan macam2 lagi. Stress di buatnya.
Tuan puan tak perlu risau lagi...
Sebab kami ada menyediakan perkhidmatan pengurusan poligami dari A to Z secara sah tanpa perlu keizinan atau kehadiran isteri pertama untuk berkahwin.
Cuma perlu isi details tuan dan pasangan kemudian sediakan dokumen2 sah yg di perlukan mahkamah dan kita submit and set temujanji dengan mahkamah dan majlis agama untuk urusan nikah dan pengesahan perkahwinan di dalam Malaysia dengan hanya 1 kos shj.
7 Sebab kenapa anda perlu dapatkan perkhidmatan kami;
  • Tak perlu nikah luar Malaysia
  • Tak perlu 3-4 kos yang tinggi
  • Urusan yg mudah dan cepat (lepas hantar details dan sediakan dokumen, 1-2 minggu in shaa Allah dah boleh nikah di majlis agama)
  • Tak perlu pening / rumit nak uruskan pengesahan perkahwinan di Malaysia
  • Tak perlu keizinan isteri pertama atau isteri2 yg lain.
  • Nikah secara sah (ada sijil nikah dan pengesahan perkahwinan di Malaysia)
  • dan... hanya dengan 1 kos yg mampu milik, in shaa Allah
Berminat nak berpoligami dalam Malaysia secara sah and di uruskan A-Z tanpa perlu keizinan isteri pertama? Wasap terus di www.wasap.my/60199194645 (Ustaz Ahmad)

poligami

submitted by SScustom to Keluarga_Bahagia [link] [comments]


2024.04.17 15:47 PASPulauPinang Sol tidak dapat menahan menjerit nama pasangan selebriti untuk menghentikan masa semasa perkahwinan Lee Byunghun dan Lee Minjung, perkahwinan Wonbin dan Lee Nayoung, dan penyatuan Kim Taehee dan Rain! 🤣

Sol tidak dapat menahan menjerit nama pasangan selebriti untuk menghentikan masa semasa perkahwinan Lee Byunghun dan Lee Minjung, perkahwinan Wonbin dan Lee Nayoung, dan penyatuan Kim Taehee dan Rain! 🤣 submitted by PASPulauPinang to u/PASPulauPinang [link] [comments]


2024.03.23 05:35 YanGjier190 Become 2nd Wife Is Life Easy

Become 2nd Wife Is Life Easy
Husband work his ass for wifes and children...
submitted by YanGjier190 to Bolehland [link] [comments]


2024.02.26 14:55 TruthversusSlander Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).

Toxic parents Toxic relationship between mom and dad will affect the child's upbringing and worsen the kid's future in a negative direction. Baca kisah ini. (credit to life_in_a_fast_lane).
Ada kisah disebalik gambar ini. Walaupun kisah ini tidaklah “rare” tapi itu tidak mengubah kesan dan akibat yang telah berlaku.
4.40pm smalam,staf letak 2 kad pt atas meja. Aku & kawan ambil sorang satu dan memanggil. Rupanya 2 pesakit tersebut adalah ibu dan anak. Si ibu lewat 20an dan anaknya 9 tahun. Bila masuk, aku memberi laluan kepada kawan untuk melihat si anak dahulu sambil aku pegang kad si ibu.
Si anak bermasalah dalam pembelajaran di sekolah. Si ibu dah jumpa dengan pihak sekolah tentang prestasi anak dan berbincang. Maka sekolah mencadangkan buat pemeriksaan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Selepas dinilai beberapa aspek, diagnosis awal adalah Learning Disability.
Kawan aku menerangkan perlu rujukan kepada juruterapi carakerja untuk penilaian penuh tumbesaran (developmental assessment). Selepas penilaian itu kami tengok semula apa langkah seterusnya. Si ibu faham dan bersetuju.
Tibalah giliran aku untuk melihat si ibu sambil kawan buat surat rujukan dan dokumentasi konsultasi si anak. Si ibu bermula dengan ayat “saya tak tahu nak cakap macam mana masalah saya ni.” Dan aku jawab “takpe cerita je macam mana pun, saya okay jee..”
Maka si ibu pun bgthu yg kerap ada mslh tidur, tiba2 dada rasa nk pecah, tgn terketar n bila jadi mcm ni dia nk termuntah n susah nak bernafas. Aku pun syak ini bukan kes biasa tak sihat, tp mesti ada kisah disebaliknya. Terus aku tya “hbgan dengan suami,keluarga atau kawan2 ok?”
Dia pun cakap baru je berpisah beberapa bulan lepas. Perkahwinan 9 tahun dia pilih untuk tamatkan kerana memakan dirinya atas beberapa isu. Bekas suaminya menderanya secara verbal,emosi,fizikal dan seksual.
Sorg laki yg sgt panas baran n dia dh hidup bersama slama 9 thn tnpa tahu smpai bila prlu hadap. Mereka prnah berpisah skali beberapa thun lepas tp rujuk balik sbb si llki janji utk berubah, janji tinggal janji. Rutin penderaan kmbali hinggalah berpisah ke-2 beberapa bulan lepas.
Si ibu tidak dibenarkan bekerja diluar kerana cemburu dan “trust issue” walaupun isu itu tidak wujud, sekadar kongkongan dan dominasi si bekas suami. Hanya si lelaki yang bekerja. Si ibu buat bisnes dari rumah berbekalkan bakat yang ada iaitu membuat kek.
Dgn pendapatan bisnes dr rumah tulah dia mmpu membeli rumah dan kereta walaupun kereta tu dia tak pakai sebab tak dibenarkan keluar rumah. Hanya si bekas suami yang menggunakan kereta. Si ibu tidak menceritakan secara terperinci tentang nafkah zahir yang lain n aku pun tak tanya.
Pergaduhan mereka hampir setiap hari dan tahapnya bukan macam kebanyakan kita (gaduh2 manja comel2). Dicarut dihamun tanpa tapisan dengan nada yang tinggi. Makian tanpa batasan dihadapan anak.
Si ibu berhenti seketika mengelap airmata sambil tanya “eh takpe ke saya cerita ni?saya malu”. Aku jawab “jangan risau, awak di tempat yang selamat. Kalau awak tak kisah, cerita je. Saya boleh dengar, kami boleh tunggu sampai awak selesai.”
Ada hari yg order agk byk 8 kek. Siap buat kek,bgkus n sedia utk hantar (tak bagitahu hantar sendiri,pick up/runner). Bekas suami mengamuk sbb dia tak dgr dipanggil, sibuk uruskan kek. Maka si bekas suami mengambil 1 persatu kek n hempas ke lantai sambil memaki hamun n pijak kek.
⁃Hempas kek pertama “kau bab” ⁃Hempas kek kedua “memang perempuan sil kau ni” ⁃Hempas kek ketiga “betina bodoh” dan keempat kelima.
Maka 5 pesanan pelanggan tak dapat disempurnakan dan duit pelanggan terpaksa dipulangkan secara penuh walaupun kek dah siap cuma tunggu hantar je. Dan ini terjadi depan anak.
Dan beberapa minit lepas insiden tu, si bekas suami meminta dia nafkah batin. Dalam ketakutan,kemarahan,kesedihan dan kekecewaan dia turuti. “Kalau saya kata taknak atau lawan,lagi sakit saya kena fizikal dan seksual.”
Di hari yang lain, bekas suami minta untuk dikejutkan tidur untuk pergi kerja. Maka dia pun kejutkan suami berkali-kali. Bila bangun si suami bengang kerana tidurnya diganggu. “Kau apasal perangai macam pukmak sangat ni?” “menyakitkan hati aku betul la bab sekor ni”
Makian cmni bukannya dgn nada rendah. Tak mgkin anak dpt tidur. anak pun terpinga tgk n dgr bapa kata gitu kpd ibu hmpir stiap hari slama bertahun. Bnda ni jadi bkn kali pertama n bukan sekali tu je. Itulah rutin bertahun yg lepas. Itulah yang anak dengar dan tengok setiap hari.
“Jujur doktor, saya pernah je cuba nak habiskan nyawa saya. Saya duduk dalam kereta 2 jam tutup tingkap tengah panas tanpa hidupkan enjin. Tapi saya stop sebab teringat muka anak.”
“Saya pernah pegang racun tikus kat supermarket nak beli, tapi letak balik sebab saya takut anak saya makan sekali bila dia tengok saya makan”
“Kadang saya ada harap bila dia pukul saya, biar lah sampai saya mati dia pukul tu. Sampai bila saya nak hadap macam ni.” Dan pelbagai lagi idea ataupun lintasan fikiran yang dia ada tapi tak diteruskan kerana terbayang anak yang takde siapa akan jaga kalau dia tiada.
Dia bru tahu beberapa mggu lepas yg kereta dia dijual oleh bekas suaminya n 1 sen pun dia tak trima duit hasil jualan wlaupun kereta ats nama dia. “Saya tk tahu mcm mana dia jual tnpa persetujuan saya”. Sekarang ni saya takut rumah tu pun dia jual jugak sebab rumah tu nama saya.
“Sekarang saya balik kampung duduk dengan mak saya. Dia takde ganggu saya dah cuma contact sesekali berkaitan anak. Sekarang saya rasa tengah menghadapi realiti trauma lepas saya hadap dia 9 tahun.”
Dan sekarang baru dia ada ruang dan masa untuk beri perhatian tumbesaran anak. “Anak saya ni tercicir banyak, banyak dia terlepas, banyak dia tertinggal.” Dia tahu anaknya takde zaman kanak-kanak yang seronok macam orang lain.
Benarlah, rumah yang tidak harmoni akan membantutkan otak kanak-kanak. Ibubapa yang bergaduh teruk depan anak-anak akan memberi kesan terhadap mereka.
Aku saja minta si anak untuk tulis nombor, huruf dan buat operasi matematik mudah (tambah tolak), tapi memang tak berjaya. Untuk usia 9 tahun, kebolehan membaca,mengira dan menulis bukan macam ni. Ini lebih kepada usia 6-7 tahun.
Sesi konsultasi,perbualan dan penceritaan ni hampir 1 jam. Banyak lagi yang tak mampu aku tulis. Tapi cukup panjang ini dan yang baca faham apa yang aku nak sampaikan.
Sehelai kertas ini adalah bukti dan manifestasi yang kelakuan ibubapa dirumah mempengaruhi tumbesaran anak-anak. Dan yang ada depan mata aku sekarang adalah seteruk ini. Dan kesannya bukan kepada 1 individu, tapi 2. Si ibu dan si anak terkesan dengan cara mereka tersendiri.
Si ibu n anak beransur kluar dgn management yg aku n kwn rangka. Aku kemas bag, punchkad dan hidupkan enjin motor untuk balik. Sepanjang perjalanan terngiang suara si ibu dan si anak dalam bilik dengan kisah mereka. Ini bukan kali pertama aku dengar, dan juga bukan yg terakhir.
Si ibu taknak teruskan hidup dengan pasangan sebegitu seumur hidup, kerana seumur hidup itu terlalu lama. Terlalu lama.
Tamat.
submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.02.18 07:44 TruthversusSlander 🤦🏻.

🤦🏻. submitted by TruthversusSlander to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2024.02.02 04:58 Left_Malay_10 Stalin spoon lore in Malaysian

Cerita sudu Stalin
Ok jadi tahun 1913 dan Stalin sangat sedih. Dia miskin dan marah kepada semua orang. Dia sangat jahat dan memutuskan untuk menyeksa kanak-kanak untuk keseronokan. Tidak sampai satu hari Stalin mendapat visi. Visi dari sudu itu. Sudu itu memberitahu Stalin "Bertemu dengan seseorang bernama Lenin yo". Stalin berkata ok dan menuju ke St.Petersburg dan bertemu Lenin. Lenin dan Stalin menjadi sahabat terbaik. Mereka memulakan revolusi beberapa tahun kemudian selepas mereka bertemu semua rakan funky mereka.
Jadi sekarang 1922. Kesatuan Soviet adalah satu perkara sekarang. Dan Lenin adalah lemah dan tua. Lenin adalah orang yang membina sudu itu pada mulanya dan memerlukan orang baharu untuk memilikinya. Dia memberikannya kepada Stalin, kerana Stalin adalah kawan baiknya, dan Trotsky adalah jalang. Trotsky tidak menyukai ini dan cuba mencuri keluli itu. Tetapi Stalin menyudu Trotsky ke Mexico. Stalin kemudian jatuh cinta dengan sudu itu.
Dalam beberapa tahun akan datang Stalin dan sudu itu menjadi pasangan #1 di Kesatuan Soviet. Stalin menganjurkan perkahwinan pada tahun 1930 dan menjemput semua orang kecuali fasis iaitu (Churchill, Hitler, Mussolini, dan Hirohito, dan beberapa orang lain). Stalin dan isteri baharunya melakukan perkara klasik yang dilakukan oleh suami isteri. Stalin memutuskan untuk menggunakan sudu besar yang lucu itu untuk membunuh 10000000000 orang Ukraine. Dan kemudian Stalin melakukan tarian kecil.
Stalin menggunakan sudu itu untuk mengindustrikan Kesatuan Soviet yang hebat tetapi apakah itu? Seseorang dari Jerman yang marah bernama Hitler mahukan sudu itu. Dia marah kerana tidak dijemput ke perkahwinan itu jadi dia memutuskan untuk bersatu dengan Mussolini dan Hirohito untuk mencuri keluli (Churchill terlalu sibuk membunuh orang India). Hitler melancarkan pencerobohan Kesatuan Soviet pada tahun 1941 tetapi dan Stalin menyedari bahawa dia mungkin bertemu jodohnya. Hanya bergurau Stalin menyudukan Hitler, menggantung Mussolini pada kipas siling, dan menyudu Manchuria. Semua orang di Kesatuan Soviet menyukai Stalin, dan selain itu, Kesatuan Soviet adalah kuasa besar dengan metrik yang hebat dalam segala-galanya.
Stalin menggunakan kuasa sudunya untuk menawan Jerman Timur, Korea Utara, dan seluruh Eropah Timur. Orang Amerika belajar tentang kuasa sudu itu dan sangat menginginkannya. Orang Amerika menyedari bahawa mereka boleh menggunakan sudu itu di Timur Tengah, orang asli, dan pada dasarnya semua orang yang bukan "demokrasi" kapitalis. Mao Zedong juga memenangi perang saudara China seperti chad dan bertemu Stalin dan sudu itu.
Amerika memutuskan untuk cuba membunuh Kesatuan Soviet supaya mereka boleh mendapatkan sudu itu tetapi Stalin sebagai seorang chad berkata tidak. Amerika kemudian melancarkan Perang Dingin untuk mendapatkan sudu itu. Sementara itu Stalin meninggal dunia dengan sedih dan orang baharu mendapatkan sudu itu, dan orang itu bernama Khruschev. Khruschev berkata sudu mesti dilindungi dalam semua kos. Orang Amerika cuba menyusup revolusi di Hungary di mana Khruschev menyudu mereka. Sementara itu di Cuba Fidel Castro tertentu mendapat visi daripada sudu itu. Sudu itu berkata "Bertemu dengan ayah Che yo". Fidel berkata ya seperti chad.
Fidel memulakan revolusi. Sementara itu Mao bertanya sama ada dia dan Khruschev boleh berkongsi sudu itu. Khruschev berkata tidak seperti batang dan akhirnya Mao mengatakan bahawa Khruschev bukan komunis kerana dia tidak ingin berkongsi. Fidel berjaya dalam revolusinya dan Amerika kena KENCING. Amerika mendapat tahu bahawa Khruschev meletakkan sudu itu di Cuba dan merancang untuk menyudu Amerika. Jadi Amerika mula bersiap sedia untuk memusnahkan semua orang.
Czechoslovakia juga mendapat sudu itu. Lama-kelamaan sudu itu diturunkan dari generasi ke generasi pemimpin Soviet. Sudu itu dipandang tinggi. Tetapi kemudian perkara yang sangat tidak dijangka berlaku. Batang mutlak bernama Gorbachev yang mula berkuasa. Dia menggunakan sudu itu untuk mengelap punggunnya dan semua orang membencinya kerana itu. Sebab Gorbachev juga bodoh, Kesatuan Soviet mati dan Amerika bersorak. Mereka sedar bahawa mereka boleh mendapatkan sudu itu.
Tetapi dengan Amerika tidak mengetahui kejahatan Kim Il Sung untuk mendapatkan sudu itu. Dia menggunakannya untuk membina bom nuklear. Amerika cuba memusnahkan Korea Utara tetapi Korea Utara mengancam untuk memusnahkan mereka. Jadi Amerika menyerang Iraq, Syria, Yugoslavia, Afghanistan, Panama, Libya, dll sebagai balasan. Tidak lama kemudian sudu itu diberikan kepada pemimpin Korea Utara masa kini, Kim Jong Un. Dia menggantungnya di atas katilnya dan menyebabkan semua kanak-kanak Korea Utara kelaparan dengan sudu besar itu.
Tetapi cerita itu belum berakhir komrad. Ketika Iraq semakin hancur, Hakim muda mendapat visi dari sudu itu. Sudu itu berkata "Jadilah komunis yo". Kemudian di Yugoslavia apabila ia juga semakin musnah, Yugopnik muda mendapat visi daripada sudu itu. Sudu itu berkata "Jadilah komunis yo". Dan kemudian JT cuma bersantai di Texas dan mendapat visi daripada sudu itu. Dan sudu itu berkata "Jadilah komunis yo". Semua pemuda ini kini menjadi sahabat dan rancangan mereka adalah untuk bertemu di Korea Utara suatu hari nanti dan mencari sudu itu. Di mana Kim Jong Un, Hakim, JT, dan Yugopnik akhirnya akan membawa komunisme global.
Dan tuan-tuan, puan-puan dan bukan binari, itulah kisah mengenai sudu. Dan itu akan membawa kepada revolusi besar.
submitted by Left_Malay_10 to TheDeprogram [link] [comments]


2024.01.31 05:03 tuvokvutok We joke. But don't cross the line. Not worth it.

We joke. But don't cross the line. Not worth it. submitted by tuvokvutok to Bolehland [link] [comments]


2024.01.05 13:08 No_Cauliflower_2547 Kawal Selia Jalan Bagi Raptai Perarakan Istiadat Perkahwinan Diraja

DIS 30, 2023 BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa beberapa batang jalan di ibu negara akan dikawal selia sementara pada 3, 5 dan 6 Januari depan bagi Raptai Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan sempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja.
Kawasan raptai yang terlibat pada 3 dan 5 Januari bermula pukul 7 malam ialah lampu isyarat Jalan Haji Basir simpang 4 Jalan SOAS (dekat Balai Bomba), Jalan Simpang simpang Jalan Padang, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang Jalan Dato Taib, lampu isyarat Jalan Tasik Simpang Jalan Pehin Dato Isa, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang Jalan Stoney, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Elizabeth II, dan lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Elizabeth II.
Turut terlibat, Jalan Kianggeh simpang Jalan Pemancha, Jalan Kianggeh simpang Jalan Cator, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur, lampu isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty, lampu isyarat Jalan Masjid SOAS simpang Jalan Elizabeth II dan simpang-simpang keluar dari sepanjang Jalan Stoney.
Manakala itu, pada 6 Januari pula, raptai penuh bermula pukul 8 pagi dengan kawasan terlibat adalah lampu isyarat Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) simpang 3 Jalan Telanai, pusing keliling kecil Jalan Pengiran Babu Raja, simpang-simpang rumah kediaman sepanjang Jalan RIPAS, lampu isyarat Jalan RIPAS, Persimpangan 3 Kubah Makam Diraja dihalakan masuk Jalan Pehin Laksamana Abdul Razak.
Lampu isyarat Jalan RIPAS simpang turun dari belakang Hospital RIPAS, lampu isyarat Jalan RIPAS simpang turun dari Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah (dekat mahkamah), lampu isyarat Jalan Haji Basir simpang 4 Jalan Simpang, lampu isyarat Jalan Haji Basir simpang 4 Jalan SOAS (dekat Balai Bomba), Jalan Simpang simpang Jalan Padang, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Dato Taib, lampu isyarat Jalan Tasik Simpang Jalan Pehin Dato Isa, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang Jalan Stoney, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Elizabeth II, lampu isyarat Jalan SOAS simpang Jalan Elizabeth II, Jalan Kianggeh simpang Jalan Pemancha, Jalan Kianggeh simpang Jalan Cator, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang Jalan Mc Arthur, lampu isyarat Jalan Mc Arthur simpang Jalan Pretty, lampu isyarat Jalan Masjid SOAS simpang Jalan Elizabeth II, simpang-simpang keluar dari sepanjang Jalan Stoney.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif jika perlu untuk melalui Bandar Seri Begawan seperti Jalan Lebuhraya Hassanal Bolkiah, Jalan Tutong hala Jalan Lama Muara, Jalan Kumbang Pasang hala Jalan Menteri Besa Jalan Sungai Akar, dan Jalan Gadong.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi dan bertolak ansur kepada arahan pegawai-pegawai polis trafik yang bertugas semasa raptai dan upacara perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan pada tarikh yang tersebut.
submitted by No_Cauliflower_2547 to Brunei [link] [comments]


2023.12.23 14:04 robotechmaster KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM DARI MUSLIM KETURUNAN MONGOL-TURKIC

KEBANGKITAN EMPAYAR ISLAM DARI MUSLIM KETURUNAN MONGOL-TURKIC
Ada hikmah tersangat besar dunia Islam kena ganyang kena sembelih kena lanyak kena pijak kena lunyai dengan gerombolan Mongol ... pupusnya dua empayar Islam iaitu Empayar Khwarizmiyyah & Empayar Khilafah Abbasiyyah ni memberi peluang naik pula empayar Islam yang baru.
Keturunan bangsa asimilasi Turko-Russo-Pars dgn darah Mongol dalam 2-3 generasi memeluk Islam mencetuskan semangat penaklukan & memberikan perluasan kewilayahan Islam jauh tembus ke ceruk2 dunia dari Eropah Timur hingga ke Timur India.
Hubungan pertalian darah dgn kaum kerabat Gengkhis Khan memberikan legitimacy keabsahan / kedaulatan 3 (TIGA) Empayar Islam baru iaitu:
1) Empayar Islam Al-Timuriyyah Gurkaniyyan (1370-1507 Masihi) di Asia Tengah. Amir Timurlang adalah bersalahsilah keturunan sebelah bapanya kepada Tumanay Khan berdarah terus ke dinasti Genghis Khan. Dinastinya berkait rapat dengan Chagatai Khanate yang majoriti keturunan Turko-Mongol Muslim. Amir Timurlang menyerang Il-Khanate Parsi-Mongol di Parsi & Ulug Ulus (Goldern Horde) Russo-Turko-Mongol di Russia & menyatukan semua bangsa Mongol Tatar Muslim bawah panji Timuriyyah. Amir Timurlang boleh dianggap Khagan (Khan of Khans) pertama dunia Islam menyatukan Mongol Muslim dalam satu panji.
2) Empayar Daulah As Sultanat Mughliyah (1526-1857 Masihi) di benua India (Pakistan-India-Bangladesh). Padishah Sultan Babur adalah dari Dinasti Gurkaniyyan keturunan Amir Timurlang. Kesemua Padishah Sultan Mughal adalah berdarah dinasti Gurkaniyyan & Mughal / Moghul adalah menandakan keturunan mereka berasal usul Mongol.
3) Empayar Daulah Khilafah Uthmaniyyah (1299-1922 Masihi). Kerabat Bangsawan Turki Osmanli berasal usul dari kaum Turko-Mongol yang bernaung di bawah konfederasi Kesatuan Mongol dari Asia Tengah berhijrah bersama tentera Mongol & berasimilasi dengan kaum Turki-Seljuk Muslim. Sultan Bayezid I dinasti Uthmaniyyah pernah kena ganyang & dipenjarakan oleh Amir Timurlang sebab mempertikaikan salasilah Timurlang dengan Gengkhis Khan kerana masatu Sultan Uthmaniyyah pun ada hak claim title Khagan / Hakan (Khan of Khans) untuk mewakili belah Turko-Mongol Muslim sebab depa pakai hikayat Oghuz Khan (Bapa bangsa Turki). Amir Timurlang bengang sbb dia dah conquer menyatupadukan semua keturunan Turko-Pars-Russo Mongol Muslim tiber Utmaniyyah nak claim title Khagan. Habis kena gulai Kesultanan Uthmaniyyah dilaukkan jadi pekasam oleh Empayar Timuriyyah.
Tapi dipendekkan cerita, sampai zaman Sultan Muhammad Al Fateh menjadi Padishah Sultan pertama Uthmaniyyah memakai gelar Kaisar Ar Rum Dua Lautan (menandakan Kekaisaran Rum Baizentin milik baginda) & Khagan / Hakan Dua Daratan (menandakan baginda pewaris dinasti Turko-Mongol) diikuti pula oleh Sultan Sulaiman Al Qanuni memakai gelaran yang sama.
Selepas itu kerabat Khilafah Uthmaniyyah selalu menjalin hubungan perkahwinan dengan dinasti2 Tartar Muslim Crimea & Asia Tengah supaya mereka membai'ah kesetiaan kepada Khalifah Uthmaniyyah sebagai Khagan / Hakan mereka sehinggalah jatuhnya Daulah Uthmaniyyah selepas Perang Dunia Pertama (WW1).
submitted by robotechmaster to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2023.12.18 13:45 abdulsamri89 MCMC dont want you to share pic/vid of the Meru, Ipoh tragedy

MCMC dont want you to share pic/vid of the Meru, Ipoh tragedy
For you that don't know, its tragedy of the police that kill a teen cause he mad the teen have loud motorcycle exhaust
submitted by abdulsamri89 to malaysia [link] [comments]


2023.11.16 10:06 akram_ajarians pertanyaan

Bolehkah, dan maafkan rasa ingin tahu saya jika soalan ini kelihatan agak naif, tetapi mungkinkah terdapat hubungan sejarah atau kekeluargaan antara kerabat diraja Malaysia, seperti kerabat diraja Kelantan, dan kerabat diraja terkemuka lain di seluruh dunia, seperti Keluarga diraja UK, keluarga diraja Jepun, atau keluarga diraja Lesotho? Saya mendapati diri saya memikirkan tanggapan bahawa sepanjang sejarah, banyak raja dan permaisuri mengatur perkahwinan secara strategik untuk anak-anak mereka dengan ahli keluarga diraja yang lain untuk mengeratkan hubungan diplomatik atau atas pelbagai sebab lain. Ambil, sebagai contoh, perkahwinan Nicholas II dengan Alexandra Fedorovna, yang kebetulan adalah cucu Ratu Victoria.

Memandangkan ini, saya tertanya-tanya sama ada kesalinghubungan yang serupa boleh wujud antara kerabat diraja Malaysia dan, katakanlah, kerabat diraja Siam. Katakan seorang ahli kerabat diraja Kelantan akan berkahwin dengan kerabat diraja Siam, dan seterusnya, seorang ahli kerabat diraja Siam berkahwin dengan ahli kerabat diraja yang lain, mewujudkan rantaian perkahwinan campur. Bolehkah rantaian ini berpotensi membawa kepada hubungan dengan keluarga diraja UK atau mana-mana keturunan diraja terkenal yang lain? Pada dasarnya, saya ingin tahu sama ada keluarga diraja Malaysia boleh mempunyai hubungan sejarah yang menghubungkan mereka dengan rumah diraja terkemuka lain di seluruh dunia, hasil daripada perkahwinan dan pakatan yang terjalin sedemikian.
submitted by akram_ajarians to Ajar_Malaysia [link] [comments]


2023.10.30 11:33 zenonidenoni Lelong jam Rolex dihadiahkan Raja Arab Saudi untuk Palestin

Lelong jam Rolex dihadiahkan Raja Arab Saudi untuk Palestin
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.
Zulkifli berkongsi inisiatifnya menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, hari ini, dan mereka yang berminat untuk membida boleh berbuat demikian di ruangan komen. Menurutnya, kenaikan bidaan bermula dengan harga RM100 ke atas. Bidaan ditutup pada 31 Oktober jam 12 tengah malam.
Menurut Zulkifli, beliau tidak membuka kotak cenderamata itu selepas menerimanya.
submitted by zenonidenoni to NegarakuMalaysia [link] [comments]


2023.10.20 05:20 nisaabd Suit Omar Ali: Konsep Minimalis & Moden Untuk Hari Perkahwinan Anda

Suit perkahwinan, juga dikenali sebagai wedding suit, adalah pakaian formal yang dipakai oleh lelaki semasa majlis perkahwinan.
Ia merupakan pilihan pakaian yang elegan dan kemas untuk mempersembahkan diri pada hari yang istimewa ini.
Suit perkahwinan sering kali mempunyai reka bentuk yang khas, menggunakan bahan berkualiti tinggi, dan dihiasi dengan butang-butang yang mengikuti tema perkahwinan.
submitted by nisaabd to u/nisaabd [link] [comments]


2023.09.08 12:50 Mrsourceplz Klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia - bharian

KOTA KINABALU: Penyanyi yang pernah tular memiliki wajah seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
Khabar duka itu disahkan oleh abangnya, Ruzaidi Misran menerusi hantaran dalam Facebook.
"Innalillahiwainnahirojiun... Menerima perkhabaran sedih bahawa adik disayangi, Fairuz Misran kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman," tulisnya.
Sementara itu, wartawan BH masih berusaha mendapatkan ahli keluarga Allahyarham Fairuz untuk maklumat lanjut mengenai berita pemergiannya.
submitted by Mrsourceplz to Sabah [link] [comments]


http://activeproperty.pl/